Halaman

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan - Malam Pertama

Iftar hari pertama Ramadhan ini hanya berdua dengan ibu_suri sahaja. Sesekali fikir, lebih mudah begini. Aku hanya perlu fikir apa yang sesuai untuk juadah kami berdua sahaja. 

Lepas makan 3 biji kurma seperti sunnahnya, kami sembahyang Maghrib. Lepas itu kami sambung makan beberapa ketul kuith dan sebungkus bihun goreng kongsi berdua.

Minuman aku seperti selalunya, teh tarik Ali Cafe sementara ibu_suri aku bancuh kopi pra campur Habbatus sauda jenama Agro Mas.

Adikku yang cadangan awal nak datang dari Shah Alam untuk bermalam di sini mengubah jadualnya ke hari esok.

Habis Terawih kami berdua, aku bawa ibu_suri jalan-jalan ke pekan Kepala Batas sambil membeli lauk untuk sahur. Gerai berhampiran Public Bank itu memang antara lokasi makan malam kami. Harga makan di situ agak mahal juga.


"Kepala ikan ni berapa sat?" sambil menunjuk kepada saiz kepala ikan paling besar.

"RM15..."

Hu mak datok.... dah boleh kira sembelih ni... getus hatiku. Kalau kat kedai tepi Masjid Kubang Semang ni aku agak-agak sekitar RM5 ~ 6 sahaja.

Balik rumah, selesai basuh pinggan dan urus tempat tidur ibu_suri, aku mengadap komputer untuk update blog TKM1 dan blog aku ini.

Sesekali menjengah FB dan layan  video tazkirah UAI yang mencolek hati....

3 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

kalau makan berdua,tak berbaloi nak masak..:)

ANIM berkata...

kepala ikan salmon kot gaknya IM..

hafinah berkata...

kamsiah,
memang betul. kekadang yang beli pun tak habis. tapi bita cuti kerja, masak sendiri juga sesikit. berkat...

anim,
ha..ha.. banyak la salmon dia. tu gerai mamak..... biasa la!