Halaman

Selasa, 9 Julai 2013

Rahmat Tuhan

Adik aku yang tinggal di Shah Alam talipon tadi beritahu nak bermalam di rumah aku esok dan lusa. Ada kerja kat Juru, katanya.

Wah... kelam kelibut aku dibuatnya. Maklumlah... rumah aku ni jarang menerima tetamu bermalam. Jadinya, aku kena siapkan;

1. bilik tidur
2. baiki selak pintu bilik air yang kebetulan patah 2 hari lepas

Selesai makan malam, aku bagai lipas kudung menyalin cadar, sarung bantal dan mop lantai. Ganti selak pintu bilik mandi ala-ala McGyver gitu.

"Inilah rahmatnya bila ada tetamu datang ke rumah." Ujarku pada Angah yang tolong sama memasang cadar. Merungut-rungut aku kerana tampak sangat dia tak betah buat kerja-kerja mengemas begini.

Sesekali tercium bau Akhmal yang masih melekat pada bantal dan tilamnya. Bilik Akhmal ini memang dah lama tak di selenggara. Terbiar begitu saja sejak dia tiada.

"Selalunya kita tidak nampak sesuatu kebaikan di sebalik yang kita rasakan ianya beban atau ujian dari Tuhan. Kalau kita selalu melihat dari sudut positif insyaAllah kita akan nampak." terangku yang juga bertujuan untuk mendidik Angah sepintas lalu.

Sebenarnya jauh di sudut hatiku, aku gembira dengan kesudian adikku memilih untuk bermalam di rumahku  walaupun dia ada kemudahan bermalam di hotel atas tajaan syarikatnya - PharmaNiaga.

Adikku ini selalu bercakap tentang keberkatan dan rahmat Tuhan. Dia semasa mudanya adalah salah seorang anggota Tabligh.

3 ulasan:

smbotak berkata...

Haha, tersengih bila teringat pasal selak pintu tandas.

Ada banyak nilai positif yang boleh kita contohi daripada kumpulan tabligh ni. Cuma kebanyakan dalam masyarakat kita je yang memilih untuk pandang secara negatif.

ANIM berkata...

Betul...rahmat Allah nak turun. Tambah2 ia tuntutan wajib yang mesti dipenuhi dalam bab melayan tetamu. Sesekali bila tetamu nak mai...automatically rumah berubah wajah. Tak caya? Orang nak mai meminang anak kita, anak nak kahwin..musim raya!

insan marhaen berkata...

smbotak,
ya.. pada dasarnya IM selut pada komitmen berdakwah mereka. kat surau IM tempat kerja IM pun, mereka inilah yang rajin azan dan baca taalim.

anim,
ha..ha.. ni nak raya ni, IM akan ambil satu hari cuti untuk kemas rumah.