Halaman

Isnin, 8 Julai 2013

Puasa Penuh

Esok insyaAllah, akan berpuasa Ramadhan aku dan ibu_suri. Mungkin dari sudut persediaan juadah agak mudah kerana aku tidak perlu lagi memikirkan selera anak/menantu. Makan kami berdua ala kadar sahaja sudah memadai.

Aku singgah memberi barangan asas untuk juadah sahur tentunya, tadi otw balik makan. Akulah nanti yang akan mesti bangun sekitar 4.30 pagi. Memasak seringkas yang boleh untuk sahur. Kemudian sembahyang Subuh dan bersiap ke tempat kerja.

Untuk berbuka selalunya beli nasi bungkus dan sedikit kuih muih. Aku bercadang hendak membeli kurma yang dijual oleh sahabatku. Kurma keluaran Aqsa Syarif yangmana hasil jualannya adalah untuk tabung Palestin.

InsyaAllah juga, 25hb nanti surau tempat kerja akan buat majlis Berbuka Puasa di kantin. Aku selaku pengerusi surau sudah mula mengadakan mesyuarat secara atas talian dengan beberapa orang rakan. Pembahagian kerja akan dibuat dalam sehari dua lagi. Ini program tahunan. Jadi modulnya memang sudah ada.

Aku juga berharap Ramadhan kali ini aku dapat melaksanakan ibadah sebaik mungkin. Mungkin tidak dapat selalu ke masjid. Tinggalkan ibu_suri seorang diri di rumah mungkin agak susah juga.

Apapun, aku percaya. Seperti beberapa tahun yang lalu ibu_suri akan mendapat puasa penuh..he..he..


3 ulasan:

smbotak berkata...

dah dua tahun berturut2 saya boikot pasar ramadhan kat sini. mahal, kurang sedap, kuantiti terlalu sedikit, tak berbaloi. tahun ni nak teruskan jugak.

❤Kamsiah❤ berkata...

selamat menunaikan ibadah puasa...sama2 kita mengejar ganjaran yg dijanjikanNYA..

insan marhaen berkata...

smbotak,
Tak terfikir pula nak boikot pasar ramadhan. boikot kurma Iran ada lah.

Kamsiah,
Iyalah... IM juga berazam untuk mendapat ramadhan yang lebih baik tahun ini...