Aku masih tidak nampak perancangan bagaimana nak balik kampung ziarah mak Raya ini. Kekangan lewat parol yang dikena ke atas Akhmal sedikit menyulitkan. Acapkali ibu_suri ulang tanya buat aku rimas.
Aku dah lama tak ziarah kubur abah. Tadi bila dengar klip video UAI pasal ziarah kubur pagi Raya buat aku rasa bersalah terhadap abah. Sepatutnya bila aku lalu saja di sisi Masjid Al Khairiah, aku wajib singgah tengok pusara abah. Baca fatihah dan ambil iktibar atas kepastian bahawa satu hari nanti aku akan susuli jejak langkah abah.
Kalau ikut kalendar dan kebiasan hampir saban tahun, Khamis adalah 1 Syawal. Along akan balik esok. Aku ada sarankan supaya naik kapal terbang sahaja kerana cepat tempoh perjalanannya tapi dia gemar memilih keretapi berbanding bas ekspress apatah lagi flight.
Mertua aku juga ntah kenapa Raya kali ni nak sangat beRaya di Kampung Batu 3, Tapah sedangkan anak cucunya pasti ramai yang mahu ziarah dia sekarang ini di Taman Buah Pala, Penang.
Ya lah... Itu kampung warisannya. Aku faham. Perasaan orang tua ini lain sedikit. Pada diri mereka tidak apa yang tinggal melainkan kenangan lama yang menjadi kawan. Dan kenangan yang lebih syahdu, lebih mekar ialah kenangan tatkala bersama dengan ibubapa ketika masih kecil di Kampung Batu 3 itu.
"Ziarah mak waktu Raya ni mesti. Mak abah mesti tertunggu-tunggu kita datang jenguk mereka. Worst come to worst... kita terpaksa tinggalkan Akhmal di rumah sendirian. Pagi Raya ke 2 kita lari sekejap ke kampung abang. Petang tu kita balik semula ke rumah. Esoknya kita lari pi tengok abah di Tapah pulak." ujarku pada ibu_suri yang terkedip-kedip matanya mendongak memandang aku yang berdiri di sisinya memegang sudip kerana sedang menggoreng ikan.
Memang tinggi kosnya tapi itu plan Z yang aku ada jika plan A,B,C dan .. buntu. Tentang Akhmal yang akan ditinggalkan sekejap itu, tawakkal pada Allah!
Memang tinggi kosnya tapi itu plan Z yang aku ada jika plan A,B,C dan .. buntu. Tentang Akhmal yang akan ditinggalkan sekejap itu, tawakkal pada Allah!
2 ulasan:
Assalamualaikum IM.
Selamat hari raya. Apa pun yang akan terjadi, harus juga kita hadapi...
Yup... SHR juga buat kakcik. lama tak baca komen kakcik di sini.
memang begitu prinsip hidup dalam diri IM. jika tidak nampak jalan yang terbaik untuk dilaksanakan, IM pasrah saja pada jalan yang ada.
Catat Ulasan