Isnin, 12 Ogos 2013

Terharu



Terharu rasa hati bila tiba-tiba dapat mesej dari Along;

'Dah transfer rm500'

Di luar jangkaan ini buat aku rasa bersalah pula kerana aku tahu ini mesti dari duit simpanan gajinya yang aku kira dia simpan untuk kelak membeli sesuatu setelah cukup.

Pagi tadi aku sms pada Along dan Angah mengadu bahawa aku hampir keputusan duit dek berbelanja Raya lepas sedangkan gaji ada sekitar 13 hari lagi. Selain untuk menunai permintaan ibu_suri yang mahukan itu dan ini; juga kerana berbelanja untuk keperluan Akhmal yang tak kuduga bebas awal.

Pangkal tahun ini Along kirim RM1000 bila aku beritahu bahawa Angah tiada duit untuk memperbaharui cukai jalan Vivanya. Sikit pun dia tidak merungut selepas itu meminta untuk dibayar semula.

Anak-anakku ini mempunyai kelebihan mereka tersendiri dalam melayani aku selaku orang tua mereka. Angah mungkin tidak banyak menolong melalui wang tetapi melalui kudratnya. Along pula disebabkan jauh, dia banyak menolong secara kewangan. Dan aku percaya dan selalu beritahu ibu_suri bahawa bukan mustahil pula Akhmal satu nanti yang akan menjaga kami berdua bila dah tua dan tak berdaya untuk bekerja.

Terima kasihlah Along, Angah dan mungkin kelak... Akhmal. Hanya perkataan itu saja yang dapat ayah ucapkan!

4 ulasan:

hrusli61 berkata...

Tiada lain yang harus diucapkan melainkan Alhamdulillah. Setiap masalah ada jalan keluarnya yang tidak disangka-sangka. Usaha dan doa kepadaNya.

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu la kan, sebagai ibu bapa ni tak elok membandingkan antara anak2. Kemampuan masing2 berbeza, jadi jenis sumbangan pun mesti berbeza.

Sama macam anak2, tak patut melihat layanan ibu bapa terhadap mereka berbeza. Itu cuma penilaian mata kasar je. Tapi nilai kasih sayang tu tetap sama.

insan marhaen berkata...

hrusli61,
IM memang selalu mengalami situasi dimana bila terperosok ke satu sudut masalah, berdoa dan pasrah... Allah selalu tunjukkan jalan keluar.

Syukur atas segalanya.


smboak,
Im memang selalu cuba untuk tidak bersikap beza membeza sesama anak sekalipun anak angkat IM ini.

Namun dari sudut pendekatan menolong mereka memang tak sama.

Bearcat berkata...

Bagus Along tu ya....Alhamdulillah.