Along dah balik semula ke Gombak - naik keretapi di Stesyen Bukit Mertajam. Kembali aku tinggal ber3 dengan Akhmal dan ibu_suri. Raya dah tamat. Rutin hidup biasa kini bermula.
Esok kerja. Esok juga aku dan ibu_suri akan mula berpuasa 6. Tak tahu nak makan sahur apa. Kemungkinan besar makan roti dan minum kopi sahaja.
Akhmal seperti biasa akan pergi lapor diri di Pejabat Parol, Kepala Batas. Setiap minggu akan begitu hinggalah pertengahan bulan 10. Lama tu. Aku harap dia konsisten begitu. Kalau ngelat, polis akan cari. Bila dapat tangkap akan masuk semula ke 'dalam'. Setiap kali lapor diri, urine test akan dibuat. Bagus juga begitu. Setidak-tidaknya, hingga bulan 10 ini dia berpantang dengan 'najis' itu.
Khabarnya, Pejabat Parol akan merekomenkan dia pada satu kedai perabot. Kalau lulus, dia akan diambil bekerja. Nasihatku - Akhmal kerja sahaja dulu. Paling tidak masa Akhmal akan terisi dan ada gaji di hujung bulan. Sekadar lepas duit prepaid dan minyak motor, pada ayah dah cukup bagus la tu. Kalau dah lama sikit kerja. ayah boleh rekomen kat Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya Akhmal diberi imbuhan OKU RM300 sebulan tu, ujarku lagi. Kalau rasa tak ok dengan kerja tu nanti, berhenti elok-elok.
Minggu depan aku start kena fikir pasal rawatan susulan ibu_suri dengan Klinik Kesihatan Kubang Semang untuk darah tinggi dan Hospital Besar Penang untuk Psikiatrik. Akhmal pun kena dirujuk semula ke Unit Orthopedik mengenai jari kakinya yang patah dulu masih tidak pulih sepenuhnya. Nak minta di x-ray sekali lagi. Ada kemungkinan kena potong, agak aku saja.
Along pula asyik mengadu sakit perut. Dah lama masaalah perutnya begitu. Mungkinkah gastrik, pernah aku tanya dia. Ada... jawapnya. tapi hari ini mungkin salah makan.
Cuti tinggal sehari 2 saja lagi. Tak pasti nak susun bagaimana untuk mereka.
3 ulasan:
Assalamualaikum IM.
Cuti kakcik ada 9 hari lagi - itupun kakcik rasa dah tinggal sikit sangat. Hari ini kakcik pun dah mula masuk pejabat...
saya masih belum mula puasa-sunat dan wajib...baru sampai dari kmapung..rumah mcm tongkang pecah..tak tau nak mula kemas dari mana dulu hehe
kakcik,
9 hari tu kira banyak sangat dah bagi IM. HR di ofis IM cuma release cuti 2 hari sebulan.
Kamsiah,
IM lebih mudah berpuasa 6 dalam waktu kerja. Khamis nanti IM ambil cuti untuk bawa ibu_suri ke GH untuk rawatan psikiatrik.
Hari tu tak puasalah nampaknya.
Catat Ulasan