Isnin, 17 Mac 2014

Belanja PFC?

Hari ini, seharian aku uruskan perkara-perkara berkaitan Akhmal. Perbaharui kad pengenalannya di JPN, Kepala Batas. Dulu, kat sini cepat urusannya sebab tak ramai orang tetapi tidak hari ini. Jenuh tunggu juga.

"Macam mana boleh selalu hilang ni?" tegur pegawai JPN. Sekaligus, aku tunjukkan kad OKU Akhmal dengan harapan denda akan diabaikan. Kalau nak diikutkan undang-undang, ini dah hilang kali ke 2 dan akan dikenakan denda RM200.

"Betul ke hilang atau kena ragut?" Soalan itu buat aku menjawap dengan soalan juga; apa bezanya kalau diragut atau hilang?

"Kalau kena ragut, tak perlu bayar denda sebab ianya dikategorikan sebagai teraniaya. Kalau hilang kena denda sebab ianya dikatakan cuai."

Aku angguk. Fahamlah aku.

Selesai di JPN, aku ke pejabat pos pula nak perbaharui cukai jalan motor. Dari satu pejabat ke satu pos. Ramai dan lama menunggu. Satu pelanggan aku kira hampir 15 minit. Akhirnya baru aku diberitahu, bila dah di kaunter;

"Encik, hari ini seharian talian tak stabil. Tak tahu kenapa?" Huu..... Tak terkata apa aku...

Ke sana, kemari menyelesaikan hal-hal lain juga aku perasan, menjadikan Akhmal dan ibu_suri tidak selesa dalam kereta. Sok sek sok seknya itu aku faham benar.

Kepala aku dah mula berdenyut. Mata pun terasa terlalu berat. Persis mahu demam, rasanya.

Balik rumah, aku terus ke katil. Aku tak peduli perihal rumah nak jadi apa. Sabtu, Ahad dan hari ini memang aku tak buat pun 5S rumah. Berselerak sana sini. Terasa aku sorang saja yang mengemas rumah sedangkan yang lain jadi tukang semak. Kekadang ada rasa merajuk.

Tapi tak sempat 5~10 minit berbaring,

"Abang, bukan you janji nak belanja PFC (Penaga Fried chicken) ka malam ni?"

6 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

pertama kali dgr Penaga Fried Chicken..

NzA berkata...

produk baru ke IM?

JR berkata...

PFC...Penaga Fried Chicken? Tiba2 teringat Penaga...ada sesuatu nostalgia dengan pekan koboi itu....

ANIM berkata...

sekarang ni sejak hujung minggu di ipoh, semua urusan saya lakukan di UTC Ipoh. cepat sesangat..

p/s boleh share nanti tentang PFC tu. RFC (Radix Fried Chicken) di SP dah berkubur

insan marhaen berkata...

kamsiah,
PFC terletak di depan taman orkid, pongsu seribu. memang best kedai makannya. mungkin ada kaitan dengan ayam ory.

nza,
IM baru jumpa. ayamnya memang sedap. sama standard denga kfc.

JR,
IM pun tak tahu kenapa di beri nama Penaga Fried Chicken sedangkan kedainya di Pongsu Seribu.

Anim,
Harap-aharap PFC ni tak berkubur macam RFC.

Anim biasa makan Zans Pizza?

Tanpa Nama berkata...

taukeh die asal dari kuala muda penaga.....banyak cawangan ....