Ahad, 9 Mac 2014

Mi Kari Fiona Kitchen

Baru saja balik dari kampung. Hasrat utama selain ziarah mak ialah ziarah Wan Biah ( kematian adik iparnya, Wah ) dan Kak Ani ( kematian abangnya, Ji ). Belasungkawa buat mereka. Kedua-dua keluarga ini adalah keluarga yang pernah bersama-sama dengan keluargaku ketika susah dulu.

Kesian melihatkan ibu_suri kepanasan berada di rumah mak ( panas hari ini di rumah mak memang luar biasa dari selalunya ), buat aku ambil keputusan balik awal. Kali ini mak agak faham bila aku  beritahu nak balik awal, seusai sembahyang Zuhur ( selalunya aku balik seusai sembahyang Maghrib ).

Tapi aku tahu, sekalipun balik awal dari rumah mak, ibu_suri takkan mahu sampai rumah selagi jam tak bertemu jodoh ( 12 tengah malam ). Jadinya, aku bawa kereta dengan cukup santai, 70 ~ 80km/jam saja. Alhamdulillah, aku tak pula rasa mengantuk. 

Singgah RnR Sungai Perak, beli buah dan ais bandung untuk ibu_suri. Kemudian aku singgah di RnR Gunung Semanggul, makan mi kari kat Fiona Kitchen sementara ibu_suri memerap di kereta. Malas nak keluar, katanya.

Sekarang ini harganya RM3.50

Aku memang penggemar mi kari. Sekarang ini, aku memang tak akan lepas untuk peluang singgah di sini setiap kali melalui lebuhraya Ipoh ke Penang. Nak kata best sangat tu tidak. Nak kata tak best juga tidak. Just nice! Kira oklah untuk layan keinginan sebab tempat lain tak ada yang sebest ini, rasanya.

Dah banyak kali ibu_suri merengek untuk dibawa meninjau JK2PP Kali ini aku tunaikan. Nak tahu apa komen aku...

"Jemulah bawa kereta kat jambatan ni. Panjang sangat."


5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

InsyaAllah bila2 nanti kakcik dan suamj akan menjelajah juga jambatan itu. :)

Nak rasa mi kari yang kakcik buat? Hehehe

shaliza berkata...

saya x pernah sampai ke Penang:-)apatah nak melalui jambatan pulau pinang....

JR berkata...

Entah bila saya nak jejaki jambatan kedua ni. Malu juga jadi rakyat Penang tapi tak pernah lagi menaiki jambatan kedua...

Kamsiah yusoff berkata...

saya pun asyik tertangguh ja nak jelajah jambatan kedua tu

Nor Azimah Ali berkata...

memang panjang jambatan tu kan, semalam tengok kat Majalah 3...:)