Katanya nak makan roti canai cheese. Aku pun ajaklah dia makan di Makbul, Seberang Jaya - antara lokasi kegemaran aku. Sementelah lalu, aku singgah di Petron. Penanda tangki minyak di panel Viva aku dah berkelip-kelip sejak dari balik kerja tadi lagi.
Kemudian ke CIMB, lunaskan duit yang aku pinjam dari Along lansung ke Maybank untuk bayar duit rumah dan Kancil.
Dah selesai semua itu, aku berlalu ke Restoran Makbul. Akan tetapi;
"I tak mau makan sini. Nak makan kat Subaidah.".. Laaa... isy... isy... Satu gheba la pulak kena keluar balik ke lebuhraya.
Sesampai di Restoran Subaidah, dia ubah selera. Nak makan murtabak pula. Aku pesan murtabak sayur. Ini first time aku pesan murtabak sayur. Setidak-tidaknya, ia lebih bernutrisi berbanding murtabak daging, fikirku.
Aku pesan tose dan teh o kurang manis. Bila semua pesanan tiba, kami makan bersama. Tiba-tiba dia minta pula mi goreng.
"Eh, sudah-sudah la tu. Tak elok makan banyak sangat malam-malam ni..." tegur ku. Tapi kemudiannya aku gamit juga 'mamak' tu untuk pesan mi goreng.
Memang pening juga dalam menjaga sesaorang seperti ibu_suri ni. Emosi dan kehendaknya cepat berubah. Itulah sebab kenapa agaknya Tuhan takdirkan aku menjadi suaminya kerana Tuhan tahu, aku boleh bersabar dalam menjaganya. Gitu ke?
6 ulasan:
hanya kesabaran suaminya boleh menghadai segala karenah Ibu suri..
alahai sabarnya IM, patutnya ibu-suri kena syukur bebanyak
Itulah sebab kenapa agaknya Tuhan takdirkan aku menjadi suaminya kerana Tuhan tahu, aku boleh bersabar dalam menjaganya. Gitu ke?
Ye. :)
"murtabak sayur? alamak, saya tak pernah terpikir ada murtabak sayur. kalau sesedap daging/ayam, boleh cuba kot. tapi kat mamak la sebab biasanya lebih tebal...
beruntung ibu-suri:-)
Kamsiah,
Sepatutnya pasangan yang telah berjanji di hadapan kadi melaksanakan amanah itu bila sampai massanya.
Nor Azimah,
IM juga sepatutnya bersyukur kerana Allah beri dugaan yang sesuai dengan ketahan yang Im ada.
Faizah,
;-)
smbotak,
IM pun kali pertama makan. OK gak.
Shaliza,
Awak pun beruntung juga...hik!
Catat Ulasan