Ahad, 27 April 2014

Jambu Epal

Dalam perjalanan balik kampung semalam, aku singgah kat Hentian Rehat Taiping, beli buah. Ternampak buah berwarna hijau, cantik. Tak tanya berapa harga. Bagi duit besar, terima sahaja bakinya tanpa kira semula. Lelaki memang begitu tabiatnya, mungkin. Kalau setakat benda-benda kecil, tak pernah ambil pusing pasal harga Apatah lagi nak bertegang urat untuk tawar menawar!

"Buah apa ni?" tanyaku sambil membelek.

"Jambu epal."

Aku meninggikan kening.

























Hmmm.... Memang sedap. Ada rasa jambu dan ada rasa epal. Manisnya, bak kata orang Penang, manis melecaq tapi ada kelas.

Bila ibu_suri beritahu, baru aku perasan... harganya RM3. Sekali lagi kening aku meninggi!

4 ulasan:

shaliza berkata...

manis leting kata org kelantan pulak:-)

faizah berkata...

RM3 sebijik ke?

Kamsiah yusoff berkata...

tu bkn ke jambu yg dikupas kulitnya...kemudian direndam dalam pewarna hijau...kemudian dijual dgn harga tak masuk akal..

insan marhaen berkata...

shaliza,
lebih kurang loghat Perak.. manis meletin.

Faizah,
RM3 sebungkus. Mungkin juga sebungkus itu potongan dari sebiji buah.

Kamsiah,
Ha... ha... Tipah tertipu?