Aku ambil keputusan untuk pergi juga ke KL malam ini walaupun ibu_suri kurang bagi. Seperti sebelum ini juga, aku amanahkan Angah dan Akhmal untuk menjaga kebajikan ibu_suri. Aku percaya mereka boleh urus setelah semua ubat-ubatan dan makan aku sediakan sebelum bertolak.
Aku bercadang menaiki keretapi sepertimana saranan rakan sekerja yang juga orang kuat Unit Amal.Along juga mencadangkan begitu. Kali ini ini Along tak ikut sama seperti masa-masa lepas. Tak tahu kenapa.
Mungkin bukan sangat 100% aku beria hendak ke sana kerana itu. Sebab lain mungkin kerana mahu keluar sekejap dari rumah dan bersendirian. Keluar dari gelumang kemelut dan aturcara hidup harian yang begitu stereotype. Sambil memberi sokongan moral terhadap agenda rakyat, aku sempat mencuri kerehatan demi mengumpul tenaga baru untuk meneruskan kembara hidup ke hari-hari hadapan.
Beberapa minggu ini memang aku terasa amat jemunya rutin hidup yang sebegini. Namun aku akui, aku tidak boleh malah insyaAllah, tidak akan lari dari tanggungjawap menjaga yang bernama isteri!
7 ulasan:
Saya haiiran kenapa buat di Dataran Merdeka. Tidakkah tuan tahu ramai peniaga bumiputra di situ...sampai hati..cuba buat di Bukit Bintang ke di Petaling Street ke? Melayu takkan berani...saya jamin.....dan saya larang keras anak saya menyertainya....
Bagus juga buat di Dataran Merdeka, kami peniaga-peniaga kecil Bumiputra menyokongnya 300%. Berdasarkan pengalaman beberapa siri perhimpunan Bersih sebelum ini, keuntungan yang kami dapat berlipat ganda dengan adanya perhimpunan-perhimpunan sebegitu. Yang berkata perhimpunan merosakkan perniagaan orang Melayu adalah suara-suara sumbang mereka yang terdiri dari golongan bukan peniaga kecil yang tak pernah ambil peduli mengenai nasib peniaga kecil, kecuali pura-pura ambil peduli untuk keberuntungan politik mereka. Atau mungkin mereka dari golongan peneropong jarak jauh yang percaya dengan temberang TV3, RTM, Berita Hairan dan Utusan MalaySia-sia yang ada agenda politik songsang. Jika mereka sebahagian dari peniaga kecil yang mahu mencari rezeki dalam keramaian pembeli, mereka mesti akan menyokong perhimpunan yang menambah rezeki kami.
Selamat Hari Pekerja termasuk kepada wira-wira yang berpanas di sekitar Dataran Merdeka petang ini dan mereka yang tidak ke Dataran Merdeka tapi masih peduli dan memahami erti kesejahteraan masa depan generasi akan datang.
Selamat Hari Pekerja buat warga Malaysia.
IM ada di KL ya? Marilah singgah ke rumah kakcik.
Wiralah...pergi jaga sempadan dan berpisah ngan anak bini berbulan2 lagi bagus...bangsa melayu yg ramai...bagus
Tanpa Nama 1,
Kami tidak berhimpun di Dataran Merdeka. Tidak dibenarkan atas alasan padang sedang dalam penyelenggaraan.
Tanpa nama 2,
Apa yang saya lihat, setiap restoran penuh dengan pelanggan. Sogo pula sedang buat jualan murah, ramai yang ambil kesempatan membeli.
KFC khabarnya jualan habis awal petang lagi.
JR,
Rasanya lebih realistik berhimpun di atas jalan berbanding atas padang atau dalam stadium.
Berhimpun di jalan ini IM pernah lalui semasa bersama dalam belia 4B dulu lagi!
Pokok Manggis Depan Rumah,
Tak dapat apa selain hari cuti sahaja.
Kakcik,
IM cuma pergi balik hari. IM cuma tahu sekitar Pudu saja. Jauh dari itu IM tak tahu.
Tanpa Nama 3,
Yang bertugas menjaga sempadan negara dengan meninggalkan anak isteri memang satu tugas mulia.
Abah saya dulu pun begitu!
Catat Ulasan