Ahad, 11 Mei 2014

Ketidaktentuan

Bukan main beriya-iya sangat aku ini nak balik kampung, semalam. Siap sms kat Along minta top up sebab kewangan tak berapa cukup.

Aleh-aleh bila pagi, ibu_suri gerak untuk bangun Subuh kemudian bertanya;

"Jadi tak nak balik kampung ni?" Agaknya dia boeh baca gerak hati aku yang tak nampak teruja untuk balik.

Aku berdiam diri sahaja. Huk.. tidak.. Hek pun tidak... Ntah kenapa hati aku tiba-tiba seperti berada di dalam hampagas. Kosong dan sepi.

Agaknya beginilah rasanya apa yang pernah aku dengar dan baca dulu. Apabila seseorang itu mula mendaki usia tua, hatinya akan mengalami emosi ketidaktentuan dan sensitif.

Bila jam 8 pagi, aku pergi mandi persis mandi wajib. Mencuci diri dengan sebersih-bersihnya. Itu memang salah satu dari fe'el aku jika berada dalam suasana tertekan atau tak keruan. Aku ajak ibu-suri jalan-jalan makan pagi di Seberang Jaya. Kemudian isi petrol, pam tayar, cuci kereta dan ke bengkel tayar... periksa tayar yang sebenarnya dah lama aku perasan ditusuk paku.

Tapi hati aku sebenarnya tak henti-henti teringatkan mak di kampung. Aku masih ingat emel dari adikku bebaru ini yang mengimbau kebiasaan aku menghantar kad ucapan Hari Ibu di setiap tahun. Tetapi sejak ibu_suri jatuh sakit, kebiasaan itu sudah terhenti.

Sempat hantar lagu ini ke FB keluarga ku: Keluarga Opah Sawi;



Tapi bila kemudiannya menonton kuliah UAI di sini, hmmm....?? Ntahlah, samada aku akan balik siang nanti seperti cadangan ibu_suri atau pi riadah saja..... aku fikir sat lagi ajelah. 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Pernah jugak terfikir nak buat fb group untuk famili tapi kami ni cuma 3 beradik je! Ada yang tak aktif pulak tu...

JR berkata...

Seperti kata UAI ibu perlu diingati, dihormati dan diraikan pada setiap hari dan bukannya cuma diingati setahun sekali....

Kakcik Seroja berkata...

Sayangi ibu bukan hanya pada hari2 tertentu...