Khamis, 8 Mei 2014

Kerana RahmatNya!

Hari ini tiba-tiba naqib bagitau, usrah kensel kerana bilik usrah diguna oleh grup lain di minit-minit terakhir. Sedangkan aku dah pun keluar rumah setelah meninggalkan ibu_suri di rumah kakaknya yang juga menjaga cucu-cucuku.

Jadi....? Huh, kesempatan ini aku ambil untuk rileks-rileks kat Makbul. Kebetulan, laptop memang ada aku bawa. 

"Ada wi fi ka kat sini?" tanyaku dalam pelat Bangla pada pelayan di sini. Bangla tu geleng-geleng kepala. Koman lah Makbul ni!

Aku aktifkan simkad talipon kepada broadband daily ( RM5/hari ). Walaupun guna untuk hanya 2-3 jam, aku tak kisah. Janji, aku damai di sini dengan dunia aku sendiri.

kredit

Teringat aku semasa ke KL 1 Mei bebaru ini. Sampai di UTC jam 4.30 pagi. Terdapat beberapa insan gelandangan tidur di kaki lima. 2 perkara yang timbul di pemikiran. Pertama, aku rasa bersyukur kerana sekoman-koman aku pun, aku ada pekerjaan baik, ada isteri dan anak-anak serta nampak masa depan. Kedua, sebaliknya aku rasa kagum melihat mereka. Kelihatannya sihat walaupun makan tak teratur. Tidur mereka kelihatannya cukup lena walaupun hanya berbantalkan lengan dengan sesekali mengibas nyamuk yang mencari makan. Sebaliknya, ada terkadang aku sendiri tidak dapat lelap mata terutama pabila dirudung keresahan.

Sebenarnya, kita hidup ini kerana rahmat Tuhan. Tanpa rahmatNya, apa sangatlah kita!

Teringat ketika melayari FB tadi, kanak-kanak Syria terbunuh dalam keadaan amat memilukan.Kita cuma boleh berkata.... kasihan!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setiap kali ada perkara buruk yang melibatkan kanak2, rasa macam nak bergenang air mata.

wah, ambik masa bersantai nampak. pekena roti nan pun boleh tahan jugak.

Kakcik Seroja berkata...

Kita juga perlukan masa untuk bersendirian sesekali... :)

shaliza berkata...

me time:-)

iBu...gUru berkata...

alhamdulillah ......... syukur apa yang ada

sud@is berkata...

Bersyukur dengan nikmat yang tak terhingga dan tak disangka, moga rahmat berpanjangan...

JR berkata...

Jangan berani-beranikan diri nak pi bela kanak-kanak Syria tu, nanti kita dituduh militan dan ekstremis pula...!