Rabu, 7 Mei 2014

Perjalanan Pagi

Sudah 2  hari aku pergi kerja sendiri. Sesekali seronok juga memandu sendirian. Dengar lagu kegemaran sendiri melalui koleksi CD aku yang memang ada banyak. Membawa kereta dengan kelajuan sendiri. Aku keluar awal dari rumah. Bila awal keluar, jalan tak sibuk dengan simpang siur anak-anak yang ke sekolah.


Aku suka memakir kereta di petak yang paling hujung. Tujuannya untuk ambil kesempatan morning walk. Nasihat ini aku ikuti dari seorang production engineer - Mr Lee Kok Foo satu masa dulu. Katanya, bukan senang kita nak ada kesempatan untuk senaman pagi kalau tak buat begini.

Sampai ke tempat kerja juga awal. boleh mengeteh dengan kawan-kawan sebelum benar-benar masuk bilik kerja. Topik pagi ini ialah bagaimana bahayanya menunggang motor di Jambatan Pulau Pinang ketika angin lintang bertiup. Ujarku, dulu kat jambatan ada di pacakkan tolok angin untuk melihat kelajuan dan arah angin. Namun sekarang sudah tidak ada lagi.

Aku dah puluh tahun tak naik motor melalui jambatan Pulau Pinang. Kalaulah ditakdir terpaksa bermotor, mau 'khatam' satu Quran dibuatnya sementara nak sampai ke seberang sana.

Aku balik lewat tadi kerana sempat berbual dengan seorang technician di kafetaria. Ramai menggelarnya Mat Lintang. Dia ini seorang yang lain. Memang dah lama aku teringin nak berkongsi emel-emel aku dengan dia di blog ini tapi tak berkesempatan. Juga aku nak berkongsi tulisan-tulisan aku melalui emel ( masa tu blog masih belum aku teroka jadi banyak menulis di dalam emel saja ). Tulisan aku tentang pengalaman berkonvoi ke Taman Negara. Kalau tak silap ada 22 siri...

4 ulasan:

mokja berkata...

IM,
makcik perasan kalau nama Mat mesti ada gelaran.Kenapa ya.

iBu...gUru berkata...

dah puluhan tahun memandu sendiri ke tempat kerja. alangkah selesanya kalau ada driver. Tapi arah tempat yang berlainan membuatkan x dapt bersama roomate

JR berkata...

Kalau negara kita cuaca tak sepanas seperti yg ada, kemudian ada laluan khas utk basikal, tentu ramai yg pergi kerja naik basikal - jimat tenaga, bakar kalori lagi...

Kakcik Seroja berkata...

Setiap.pagi melalui kesesakan lalulintas, bila sesekali jalan lengang, pelik pula rasanya. .:)