Khamis, 26 Jun 2014

Demam

Cuti sakit hari ini. Sengsara sungguh rasanya demamku kali ini. Dicampur dengan bibir yang pecah akibat menggunakan berus gigi yang rosak dan kembang. Nak makan cukup menyiksakan.

"Wow.. you punya tonsil bengkak dan merah." Beritahu doktor semasa aku pergi ke Kilinik Utama, Bukit Mertajam. Aku dapat cuti sehari. Yang paling suka ialah ibu_suri, Suka kerana aku akan berada di rumah.

Tidur pun rasa tak selesa. Nak tidur di luar ibu_suri tak bagi. jadi aku terpaksa tidur di bilik dengan suhu sejuk oleh pendinginhawa. Terasa bagai berlawan panas dalam badan dengan sejuk di luar.

Memang, seharian aku lebih banyak baring. Keadaan rumah yang semak buat aku tambah sakit. 2~3 hari lagi nak puasa. Kerja di pejabat ada banyak. Kerja di rumah juga banyak. Aku sorang saja nak kena pulun semua ini. Aduhai...

6 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

sabar ye IM, sakit itu penghapusan dosa

Cik Wawa berkata...

assalamualaikum IM... rsany cm dh lama xmenjengah... AGC pun jarang2 update blog tp bru2 ni aktif balik...
AGC doakan moga IM cepat sembuh dan dpt mjalani ibadat ramadhan dgn sempurna...amin`~

Ros Illiyyuun berkata...

shafaakallah

Kakcik Seroja berkata...

Semoga terus kuat dan kembali sihat...

Kamsiah yusoff berkata...

kuatkan semangat..baung perasaan negatif yg datang...
selamat menyambut ketibaan ramadhan

Unknown berkata...

pernah satu ketika..ada seorang hamba Allah terlantar di katil..bila saya melawat, dia senyum saja..bila tanya kenapa nampak seronok je sakit.. beliau jawap "ah, baru time ni boleh rehat-rehat,malas-malas, manjakan badan dan minda..kalau tak time-time ni mesti orang dah bawak p merata tempat"

lepas tu fahamlah saya, rupanya sakit ini adalah "short break" yang Allah beri pada kita..enjoy..