Aku pun memang tak rancang sangat nak balik kampung. Aku hantar ibu_suri ke klinik Kubang Semang dulu untuk rawatan hipertensi dan diabetis. Kena pulak periksa jantung, mata dan kencing. Kesana kemari buat ibu_suri sakit lutut. Sabar saja aku melayan kerenahnya.
Di rumah mak, tak banyak yang aku boleh perbuat melainkan kemas bilik mak dan dapur. Ambil kesempatan ke masjid untuk solat Asar dan seterusnya ambil kanji. Kanji kampungku memang agak lain sikit rasanya dari dulu. tapi yang istimewanya disamping ramuan biasa, kacang tanah tetap ada di dalamnya. Dan paling menarik, yang memasak kanji rata-ratanya anak remaja. 2 kawah besar mereka boleh masak dalam masa 2 jam.
Foto lama ihsan dari blog Seri Kepayang |
Selepas ambil kanji aku ke Bazar Ramadhan di hadapan Stadium Perak. Terkejut juga aku bila bertanyakan kuih 4 biji berharga RM1.60 tetapi saiznya kecil-kecil. Tapi sempoinya, mereka bungkus siap-siap dalam satu pek.
Aku percaya, mungkin gerai lain ada yang menjual dengan harga lebih murah. Dan jangkaan memang tidak meleset. Masih ada penjual yang menjual dengan harga RM2 untuk 5 biji dengan saiz yang agak besar. Rupanya, kita kena sabar mencari dan bijak memilih.
Berbuka puasa, memang aku tak hadap selain kanji. Tambahan pula dengan keadaan gusi yang masih berdenyut, aku hanya memakan makanan yang lembut.
Aku tahu mak sebenarnya mengharapkan aku tidur untuk semalam supaya dapat sahur bersama akan tetapi keperluan ibu_suri yang tidak betah berada di rumah selain rumah sendiri buat aku terpaksa balik ke Penang hari itu juga.
Samada mak faham akan masaalah aku atau memang mak tidak tahu, aku cuma diam. Yang penting bagi aku, aku dah berjaya menunaikan hasratku untuk berbuka bersama mak walaupun hanya sekali dalam sebulan.
3 ulasan:
oh, kat sana dipanggil kanji ye...
oooo, sana panggil kanji ye..tempat saya panggil bubur lambuk.
Syukurlah dapat berbuka dengan mak, saya agaknya dapatlah merasa bila balik bercuti raya nanti.....
Saya rancang nak singgah kampong esok pagi dalam perjalanan ke Hulu Langat pula.
Catat Ulasan