Isnin, 21 Julai 2014

Rezeki yang cantekk...

Aku rasa, esok adalah masa terbaik untuk aku berjumpa dengan pihak HR bagi menyatakan penerimaan aku terhadap tawaran MSS. Kalau ditangguh akan banyak kerja tergendala. Minggu depan dah sibuk nak Raya. Minggu lagi satu pulak odit SIRIM. Lepas odit, aku kena ucap selamat tinggal kat tempat kerjaku - RENESAS!

Perkara pertama yang aku kena buat ialah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa surau untuk melantik Pengerusi Surau yang baru. Aku bercadang untuk membuat lantikan Setiausaha dan Bendahari juga. 

Kemudian aku perlu clearkan semua hartaku di dalam ofis. Bawa hard disk untuk salin semua bahan perlu ke dalamnya. Disamping membawa pulang dokumen, sijil dan nota. Selama aku bekerja di Calibration Lab ini, aku sudah menghadiri 2~3 kursus berkaitan calibration. Paling baru ialah kursus ISO/IE 17025 yang melayakkan aku sebagai competen  calibration personal.

Lepas berbuka aku menalipon mak, memaklumkan hal tawaran ini. Positif saja respon dari mak sedangkan sebelum ini mak pernah beritahu aku supaya terus bekerja selagi terdaya. Agaknya, pengalaman abah yang masih perlu menyara hidup walaupun dah pencen membuatnya memberi peringatan itu pada aku.

Bos aku tadi tetiba datang kepada aku dan membuat tawaran;

" Kalau I offer you sambung kerja for 1~2 months, ok ka? I mau you TT semua pasal calibration pada orang baru?"

Aku sengih saja. Arghh.... satu hal pula aku kena fikir. Aku tahu, bos aku ngelabah kerana orang-orang lama di bawahnya ramai yang ditawarkan seperti ini. Kalau semuanya terima tawaran ini dan berhenti sekaligus dalam jangkamasa yang pendek, boleh sesak nafas bos aku nak cari pengganti.

Dalam hati aku selepas itu merasakan bahawa, tak usah tunggu lama lagi. 8hb.... caww... Pandai-pandailah yang tinggal itu untuk teruskan hidup. Ini rezeki yang canteekkkk....

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga keputusan yang diambil adalah keputusan yang terbaik. InsyaAllah.

Bunda_nora berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bunda_nora berkata...

Salam IM,

Semoga IM sekeluarga dalam keadaan baik semuanya...

Berkenaan rendang tu...IM boleh pergi search kat blog bunda "Rendang Pedas Mak Bonda"...

Rendang ni bunda tak copy mana2, inilah rendang tradisi dari mak bunda sejak bunda kecil lagi tau2 itulah rendang yang mak bunda buat selalu...

Itu untuk sekor ayam, IM boleh doublekan bahan2 utk 2 ekor ayam...terpulang samada nak kering atau berkuah sedikit..

Selamat mencuba IM...Salam untuk Ibu Suri... "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Tanpa Nama berkata...

Ohya, saya pun ada kawan kerja kat renesas telok panglima garang, selangor. Tak pasti sama ada tempat dia kerja pun alami situasi yang sama...

hrusli61 berkata...

Firm dengan keputusan.