Rabu, 27 Ogos 2014

Tuhanku

Selesai Isyak di masjid, aku pandu kereta keluar taman ke arah pekan Penanti. Kemudian balik semula ke taman. Aku bawa perlahan sekitar 40~50km/jam. Aku pasang cd album religi Wali Band. 

Keputusan u-turn oleh ibu_suri tadi memang membuat aku cukup terkilan. Sebelum ini dia seolah mengizinkan aku pergi usrah yang memang rutin setiap malam Rabu tapi tidak tadi. Usrah malam ini di MegaMall, Perai - main boling. Ntah kenapa... Memang terkilan sungguh. Tapi boleh kata apa... nak lawan rasanya aku cuma akan untung sekejap sebaliknya akan rugi lama. Lagipun aku ni bukan orangnya yang suka marah-marah. Jadi...? Sabar sajalah...


Jadi bila setiap kali rasa tak tenteram, antara cara aku memujuk perasaan sendiri ialah dengan membawa kereta sambil  mendengar lagu. Selalunya cd album religi Wali Band adalah antara pilihan kegemaran. Terutama mendengar lagu Tuhanku, berulang kali. Adakalanya aku pasang suara cd player Vivaku itu kuat-kuat!

3 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

IM cubalah bawak i-s tu kat perubatan alternatif plak, mana tau serasi ke..

sud@is berkata...

Tak terkomen...
bestnya lagu ni Im...

insan marhaen berkata...

Nor Azimah,
Awak dulu IM dah cuba. Tapi sampai satu tahap IM ambil keputusan untuk ambil rawatan hospital sahaja.

Psikiatrik rasanya memang beginilah budayanya...

Sud@is,
Lagu-lagu religi Indon kebanyakan best. Lagu lain macam SyurgaMu -Unggu.