Tak tahu apa dah jadi dengan blog aku ni. Layoutnya berselerak. Tak boleh baca komen apatah lagi nak balas. Humm.. tak ngapalah... Senang-senang nanti aku belek-belek lah dia...
Nak sambung citer yang aku tulis semalam di sini.
Jumaat yakni hari ke 3 selepas pemergian Niza. Tatkala aku memandu Viva aku balik dari solat Jumaat di Masjid Al Khairiah kampungku, aku terima sms dari adik iparku Yati memaklumkan bahawa bapa saudara ibu_suri pula meninggal dunia pada pagi itu. Pak Long adalah ipar kepada mak ibu_suri.
Berhenti kereta sekejap di pinggir jalan... berfikir. Nampaknya rancangan aku untuk balik esok terpaksa dibatalkan. Aku mesti segera balik walaupun peluang untuk melihat jenazah Pak Long memang tipis kerana kata Yati jenazah akan dikebumi selepas solat Asar hari itu juga.
Soalnya, bagaimana nak bagitau mak yang aku terpaksa bergegas balik? Tentunya yang masaalah bukan mak tapi ibu_suri yang memang lazimnya akan duduk di bilik mak setiap masa pasti akan mendengar pemberitahuan aku kelak.
"Tak pa, ayah... Ayah keluar dulu. Nanti bila Ayah dah keluar, Angah bagitau Opah..."
Orait juga cadangan tu, fikirku. Tapi ibu_suri tetap dapat mencium kelainan keputusan aku untuk balik dengan tergesa-gesa walaupun aku cuba ambil masa untuk mengemas beg dan berjumpa adik-adik serta anak-anak Niza meninggal pesan dan nasihat.
Setiap soalan ibu_suri semasa di kereta aku cuba elak dari menyentuh kenapa mesti balik awal. Aku cuma akan beritahu dia bila sudah sampai di Taiping.
"Ibu dah tahu ke ayah...?" bilamana aku menalipon Angah tatkala berada di Hentian Sungai Bakap untuk melonggarkan urat-urat paha.
"Haahh... No problem... ibu ok..." jawapku ringkas. Tak boleh cakap lebih-lebih. Bimbang nanti ibu_suri dengar dan.... tok..tek...tok..tek...
Sesampai saja di Sungai Ara, rumah Pak Long.. jam dah memasuki waktu maghrib. Tak ngapa sebab aku boleh jama' kat rumah mertua di Taman Buah Pala.
Memang berbeza dari sebelum-sebelum ini, ibu_suri agak cool. Agaknya ubat yang ibu makan setiap 2 kali sehari dan penjagaan emosinya buat ibu_suri mudah diurus walaupun dalam situasi airmata.
Sekalipun terasa amat letih dan sakit-sakit pada anak anjing kakiku yang mungkin akibat dari terlalu banyak berdiri dan berjalan semasa urus jenazah Niza, aku singgah juga di rumah mak. Namun... aduhh...
"Yati pergi KL. Ada kenduri kahwin. Mak dengan abah tinggal berdua aja...." keluh mak.
Aku faham. Itu maknanya tiada siapa yang akan urus atau teman mertua aku yang sudah tua mencecah umur 80an selama 3 hari.
Jika campur 3 hari itu nanti cukup seminggu aku akan abaikan rumah dan Akhmal.
Ya... Akhmal yang masa aku kalut dengan jenazah Niza, jiran beritahu yang dia pula ditangkap oleh polis yang membuat tangkapan rambang kerana ada kes kecurian motor di taman aku.
7 ulasan:
Ya ALLAH...ujian bertimpa2...semoga tabah dan sabar menempuhinya..
Mug Pak IM bersabar menhadpi ujian yg bukan kepalang itu
Mug Pak IM bersabar menhadpi ujian yg bukan kepalang itu
Innalillahhiwainnailaihirojiun....
Lahawlawalaquwataillahbillahhil'aliyil'azim...
Alhamdulillah dah bole tinggalkan komen di sini, bbrapa hari lepas takleh buka dan tinggalkan komen.
Semoga diberi kekuatan olehNya utk menghadapi setiap ujian.
Banyak bersabar, walaupun sibuk sediakan masa untuk berehat seketika agar boleh bertahan lebih jauh.
Sentiasa meminta pertolongan Allah SWT.
Takziah IM dan keluarga atas pergian dua ahli keluarga dlm masa yg singkat. Semoga roh keduanya ditempatkan di kalangan orang beriman.
Kesian Akhmal.. makchaq simpati sangat.. tambah2 dia sebaya Amir anak makchaq...
macam mana agaknya kita nak bantu dia..
Catat Ulasan