Selasa, 18 November 2014

Magnet Trap


Aku ke Perodua Seberang Jaya, hantar Viva untuk servis ke30ribu kilometer tadi. Tanpa ibu_suri yang masih tidur. Enggan gerak dia. Mahu sendirian.

Usia Viva genap setahun hari ini. Ianya dibeli atas nama menantuku - Ayu setelah Kancilku kemalangan menjadikan pergerakannya tidak stabil.

Dah lama aku tak ke sini. Susunatur dalaman dah banyak berubah. Aku memilih ke sini berbanding yang lain kerana layananya baik dan bersih. Jauh bezanya berbanding EON semasa aku menggunakan Proton dulu.

Aku tak pasti, untuk tempoh setahun dengan penggunaan sejauh 30 ribu kilometer itu terlalu kerap atau just nice. Tapi masa aku guna Kancil untuk pergi dan balik kerja dulu memang hampir setiap bulan aku hantar servis untuk 5 ribu kilometer.

Staf perodua cadangkan aku memasang magnet trap kepada oil filter. Katanya, ia berfungsi memerangkap butiran metal yang terkandung dalam minyak enjin semasa proses penapisan.

"Ini produk perodua ke?" tanyaku ragu-ragu. Manalah tau, kot kot nak ambil kesempatan bkin bisnes sendiri pula.

"Ya... pelanggan selalu komplen bunyi enjin kasar. Jadi Perodua perkenalkanlah magnet trap ni." sambil menghulurkan katalog.

Aku rasa puas hati lalu mengatakan iya dengan harganya cuma 57 ringgit. Nak jaga kereta sebab besar kemungkinan inilah kereta terakhirku.

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

'menjaga' kereta mungkin tak sesukar menjaga manusia, tapi tetap perlukan biaya...

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams im,
cantiknya header blog...:)
saya doakan im dan ibu suri sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi olehNYA...amin....

JR berkata...

Isteri saya juga pakai Viva, tapi ini baru kali pertama dengar tentang magnet trap....

Ibu n Abah berkata...

Lama tak buat kerja antar kereta utk service..
Kalau dulu mmg kerja akak, tapi sejak akak sakit.. Suami yg selalu pi hantar..
Tak tahulaaa ttg magnet trap ni.

insan marhaen berkata...

kakcik,
betul banget .. :-)

aamiizaa,
tkasih atas doa. foto itu hanya imiginasi. realitinya mungkin sudah tidak ada lagi...

JR,
IM juga baru tapi rasanya dah ada lama dalam pasaran.

ibu n abah,
IM suka bila hantar kereta pi servis. bolehrelaks kat sana tenangkan fikiran..