Selasa, 11 November 2014

Positif


Sewaktu aku menunggu sistem klac motor Akhmal siap diperbaiki di kedai Fit Racing sebelah kilang getah Kubang Ulu tadi, aku memikir ke dalam diri sendiri.

Kenyataan hidup ini perlu diharungi walaupun perit. Ujian yang datang kekadang seperti hujan yang turun ketika ini . Mau tidak mau perlu tempuhi dengan cekal.

Masa menunggu ini juga aku sempat berbual dengan Asyraf, kawan Akhmal. Sebenarnya nasihatku kepada dia itu juga aku tujukan kepada diriku sendiri...

"Yang paling penting dalam diri kita ini bukan sangat sijil atau ijazah tetapi ialah sikap yang positif dalam hidup."

"Kamu kenal siapa Boon Siew?"

Geleng kepala. Ah.. meleset jangkaan aku. Rupanya anak ini tidak kenal siapa pengedar tunggal motor Honda yang dia sendiri naiki itu...

"Boon Siew asalnya bukan seorang yang pandai dalam pelajaran. Tetapi kerana sikapnya yang positif dalam perniagaan, dia kini menjadi lagenda dalam bisnes pemotoran di Malaysia."

5 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Bukan senang nak senang...

Uncle berkata...

Salam.

Saya "ter masuk" ke sini. Quite interesting bila nama Boon Siew disebut kerana saya juga menggunakan motornya sudah lebih 20 tahun. Boon Siew bermula sebagai mekanik basikal. Sewaktu beliau dibawa ke Jepun, beliau berniat untuk berjumpa dengan pengusaha bicycle parts untuk dibawa ke Tanah Melayu. Tetapi instead of di perkenalkan kepada pengusaha basikal, beliau diperkenalkan kepada pengusaha motosikal Honda...and the rest they say is HISTORY!

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams IM,

nama boon siew menjadi sejarah malaysia, dan saya mengenali beliau ketika saya kecil. saya juga memperkenalkan nama lagenda 'boon siew' kpd anak2 saya wpun depa masih kecil....:):)

JR berkata...

Saya pernah cerita tentang Boon Siew dan Lim Goh Tong 2 orang jutawan Malaysia yang tak pernah sekolah, buta huruf (tak boleh tulis dan baca bahasa Cina pun, apa lagi bahasa lain..) kepada anak-anak saya. Tapi anak-anak gelakkan saya, itu zaman dulu kata mereka, kalau zaman sekarang orang meniaga ikan di market dan meniaga di pasar malam pun ada ijazah...

LadyBird berkata...

Boon siew klu x slp dberi hadiah sebuah pulau d ppng..