Halaman

Jumaat, 7 November 2014

Terkanja



Walaupun malam dah sayup, aku masih tak dapat picingkan mata. Sebaliknya ibu_suri pula begitu damai dengkurnya.

Masih terbayang hal tadi. Mendapat whatsapp tentang adanya program gotong royong mengecat rumah yang bakal dijadikan asas untuk SRI Amal Rintis milik IKRAM Seberang Perai Tengah. Teruja untuk berjumpa dengan kawan lama, aku pun bergegas mengajak ibu_suri seusai Maghrib di masjid.

Sesampai di Permatang Janggus, yang ramai aku dapati adalah ahli IKRAM gen Y. Terkanja rasanya bilamana tak nampak pun kelibat rakan-rakan seera aku. Hmm... agaknya mereka ada program lain kot. Maka aktiviti malam ni akan lebih diterajui oleh IKRAM gen Y.

Walaupun aku biasa tengok wajah-wajah mereka namun kurang mesra membuatkan aku rasa sikit canggung. Tambahan pula apabila cuba untuk berinteraksi dengan mereka, bagai ada jurang komunikasi. Jika ada sorang dua rakan sebaya aku sebagai pemangkin tentunya lebih meransang ikatan silaturrahim.

Inilah antara kelemahan aku; tak pantas menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru.

6 ulasan:

JR berkata...

Apa salahnya sesekali masuk grup gen Y. Sekurang-kurangnya dapatlah sekejap merasai seolah-olah berada di zaman muda dulu balik...

Ibu n Abah berkata...

Pertama kali dengar ayat 'terkanja'
Mungkin maksudnya sama dgn 'terkesima' kot.
Akak ni dengan apa gen pun boleh kawan... Sejak dari sekolah dulu. Akak form 5.. Boleh lagi tu layan adik form 1...
Yg akak mmg tak boleh ialah layan
Gen Mutant macam citer XMen...
Lawak ya IM

ANIM berkata...

saya ingat.."ganja"..haha..
tak pe. bukan IM saja..
saya ni , generasi X yang sering bergaul dan mengajar gen Y dan gen Z.
lepas ni tak taulah gen apa lagi yang berada di sekeliling akan datang..
maklumlah...cikgu sekolah..
banyak perkara yang perlu saya belajar untuk menakluk mereka...

NzA berkata...

byk perbezaan pemikiran generasi dulu dgn generasi Y tapi sesekali boleh cuba join mrk......mesti byk benda baru yang boleh kita belajarkan.

insan marhaen berkata...

JR,
Nak join sendirian tak terjoin. Tu yang mengharapkan rakan lain pun ada sama sebagai pemangkin.

Ibu n Abah,
Tekanja adalah loghat Perak. Maksudnya seakan-akan termalu atau tertipu... gitu le..

Anim,
Sebab itu saya respek yang dinamakan guru. Boleh berkomunikasi dengan generasi baru.

NzA,
IM ni jenis lambat mesra. Sebab tu kalau nak join, take sometime juga..

Jari Manis berkata...

TERKANJA?..apa maksudnya?

hurm..mmg agak sukar nk bergaul kerana cara pemikiran adalah sgt berbeza kan?