Bila saja doktor bagitau yang Akhmal terpaksa menjalani operation untuk memastikan teori berdasarkan foto scan itu benar atau sebaliknya, akulah orang yang paling gelisah.
Aku ambil kesempatan peluang menunggu bilik OT itu kosong, beberapa kali ke surau Hospital Seberang Jaya, membuat solat hajat. Aku amat berharap sangat agar segala kemungkinan negatif yang digambarkan oleh doktor itu tidak berlaku. Jika benar berlaku, aku bakal berdepan dengan satu lagi gerbang cabaran hitam persis masa Akhmal disahkan menghidap sindrom Disleksia ketika umur 11 tahun dan bilamana doktor mengesahkan ibu_suri diserang mild stroke tahun 2008.
Malah sementara menunggu di depan bilik OT, aku tak henti-henti berdoa muga Allah selamatkan Akhmal.
Dari jam 5 pagi aku menghantar Akhmal ke wad kecemasan hinggalah sekitar jam 3 petang bila Akhmal selesai pembedahan, aku melalui dengan penuh debaran dan seperti bersaorangan.
Sebaik saja doktor India itu keluar dan memberitahu aku bahawa secara dasarnya Akhmal tidak perlu melakukan pembedahan yang terpaksa dilakukan jika kemungkinan negatif itu berlaku, spontan aku menyebut di depan doktor itu.... Alhamdulillah. Terasa seperti Allah mendengar dan menerima doaku...
Melihat Akhmal yang masih mamai di katil wad, aku ambil kesempatan untuk balik menjenguk ibu_suri yang aku tinggalkan seharian di rumah. Mujur ibu_suri ok saja di rumah.
"I tak mandi lagi..."
"Kenapa...?"
"Tunggu you balik lah... nak syampu rambut.."
Memang setiap hujung minggu, rutin aku menyampu rambut ibu_suri dan kekadang memotong kuku jari tangan dan kakinya...
8 ulasan:
YA ALLAH YA TUHAN..KAU permudahkan segala urusan hambaMU ini..
saya hanya mapu berdoa..hanya mampu faham bagaimana perasaan IM..
Subhanallah.
Memahami keadaan Im kerna sya pernah berada disituasi itu...menunggu keputusan...
salam sahabat...?masih ingat saya...?
moga dipermudahkan segalanya ye...
Moga dipermudahkanNYA.. insyaAllah..
Semuga IM dipermudahkan segala urusannya.
Walaupun saya cuba berkata saya memahami apa yang IM rasai kerana pernah mengalami hal yang hampir serupa tapi sebenarnya cabaran yang IM tempuhi dalam hidup berpuluh kali ganda dari yang pernah suami lain (termasuk saya) merasainya. Bertuahlah seorang isteri dan anak yang mempunyai seorang suami dan ayah seperti IM...
Catat Ulasan