Jumaat, 5 Disember 2014

Di celah Kerusi Panjang


Semalam bawa ibu_suri ke Klinik Kubang Semang. Temujanji jam 10.30 pagi tapi orang masih ramai. Giliran yang ke 10. Kalau masa aku masih kerja dulu, aku akan ambil cuti sehari sebab tahu sangat. Sini, masa tidak boleh menjanjikan ketepatannya...

Timbang berat badan ibu_suri oleh misi adalah proses pertama rawatan. Seperti yang aku jangka, berat badan bertambah sekitar 4 kg lagi. Tahap gula dan tekanan darah...hmmm... aku katakan ok lagi walaupun kata misi... tidak!

Mengurus ibu_suri untuk buang air di tandas adalah sesuatu yang memerlukan jiwa yang slow and steady.

"Kenapa klinik tak buat tandas yang mesra OKU?" tanya ibu_suri bila terasa payah nak mengangkat badan, memijak anak-anak tangga ke mangkuk tandas. Aku cuma..... ntahlah!

Keluar dari tandas aku papah masuk semula ke dalam klinik dengan tujuan supaya dia duduk dulu di kerusi paling hampir sebelum pergi semula ke kerusi di depan bilik doktor pakar. Tiba-tiba....

Bluppp!... tersadung kaki kerusi lalu jatuh terduduk di celah!

Aku yang dah biasa dan faham dengan keadaan seperti ini menenang dan uruskan dia dengan senyum tanpa peduli apakah reaksi orang lain yang aku percaya... ikut simpati...

#catatan sebelum ini..JATUH

7 ulasan:

iryantyismail berkata...

kesian ibu suri..sepatutnya klinik menyediakan tandas oku..lbih2 lgi klinik kerajaan..sabar yer ibu suri..tabahkan ati yer IM

Kakzakie Purvit berkata...

Allahurobbi... dahlah IM ni badan kecik nak angkat ibu_suri jatuh mesti mengah. Kesiannya ibu_suri - besar ujian dia dan IM juga. Sabarlah.

JR berkata...

Setiap ujian Allah menanti ganjaran dan pahala dariNya....

Nor Azimah Ali berkata...

Tumpang simpati..
Kalau yg badan kecik atau sederhana jatuh pun terasa, apalagi kalau badan besar' Masya Allah...

Ibu n Abah berkata...

Semuga dimasa akan datang ada kemudahan buat ibu suri.

Temuk berkata...

Assalam IM
Lama tak ke laman IM, baru tahu IM sudah bersara. Seperti yang saya alami, bila sudah bersara, paling kurang tekanan mengejar waktu sudah amat berkurangan. Semoga IM terus Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran untuk mengurus ibu_suri, tentunya dengan penuh kasih sayang. Aameen!

Tanpa Nama berkata...

memang sepatutnya semua bangunan yang ada orang awam berurusan akan disediakan tandas untuk OKU (terutamanya klinik/hospital!). ini mungkin sebab kes terlepas pandang masa peringkat design.