Rabu, 3 Disember 2014

Mak Tunggu, Aku Datang


Aku berkira-kira untuk balik kampung hari ini. Aku telah berjanji pada diriku sendiri untuk selalu jenguk mak, paling minima 2 minggu sekali. Aku nak celen dengan adik-adik aku.

Tapi kelmarin dan semalam terpaksa 'bersilat' dengan hal-hal Akhmal. Insiden yang memang mengguris perasaan dan menuntut kesabaran, toleransi dan skil kaunseling yang pernah aku sedikit sebanyak pelajari semasa melibatkan diri bersama ibu_suri dengan grup kaunselor.

Esok perlu hantar ibu_suri ke klinik untuk rawatan susulan hipertensi dan diabetes.

Aku kira hari ini adalah hari yang terbaik. Namun tak sampai hati nak kejutkan ibu_suri yang hingga saat ini masih teratur dengkurnya. Jam semakin sayup memanjat langit.

10 ulasan:

JR berkata...

Sementara masih berpeluang memegang tangan ibu yang masih ada darah mengalir di dalamnya, lakukanlah IM.. Jika darah tak mengalir lagi di tangannya ketika itu kita pegang selama mana pun ia tak bermakna untuknya...

Kakcik Seroja berkata...

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan IM...

Kamsiah yusoff berkata...

aturkannya dgn berhemah,sebaik mungkin..agar tiada hati yg terasa..

Tanpa Nama berkata...

Memang kadang2 lelaki akan tersepit. Antara ibu dengan isteri.

aizamia3 berkata...

Bila baca entry ni terus melonjak perasaan nak jumpa mak..
eemm.. tapi kena bahagikan masa.. sebab kena fair jugak.. dah melawat mak.. kena jugak melawat mak mertua.. ;)

Ismail aka Pak Mail berkata...

Saudara IM,

Mengenang ibu saya yang telah lama pergi amat berbekas di jiwa ini. Alhamdulillah, sepanjang ingatan saya tidak pernah saya meninggikan suara terhadapnya. Maka itu andai saya terdengar anak2 saya meninggikan suara mereka kepada ibunya membuatkan spontan saya 'melenting'....

Kakzakie Purvit berkata...

Kadang perancangan dah diatur cantik tapi bila ada halangan bagaikan terluka rasa - ujian dlm hidup macam-macam IM. Moga dipermudahkan..

AMIIZAA@Mieja berkata...

saya doakan semoga semuanya berjalan lancar....amin:)

Puteri Kenari berkata...

mengunjungi ibunda tersayang tidak semestinya mengambil masa lama.Beberapa jam seorang ibu bertemu dengan anak kesayangan sudah cukup untuk mengubati hati yang rindu.

Biar kita terlewat turun dari rumah,asalkan kita tidak membatalkan janji.Pasti hatinya akan hampa bila anak yang dinanti tidak muncul.

iryantyismail berkata...

yan duduk jauh dengan mak..tapi 1 hari 3 kali yan telefon mak...rindu mak