Jumaat, 23 Januari 2015

Jalan Berliku


Aku memaksa diri menyarung sut senaman. Memandu di celah-celah kesibukan kenderaan yang berebut ke tujuan sendiri. Persis aku yang mahu ke Kompleks sukan MPSP, Bukit Mertajam untuk meriadahkan diri seperti yang sepatutnya aku amalkan demi kesihatan yang panjang, mudah-mudahan. 

Aku ingin damaikan hatiku dengan keheningan pemandangan di trek sukan. Aku ingin segarkan jiwaku dengan nyaman udara dan hangat mentari yang menerbitkan peluh ke dahi. 

Aku ingin mencari sesuap ketenangan hati. Menilai diri yang terasa seperti terlalu banyak dosa dan kesilapan, kelalaian dan kealpaan.

Pekerja yang mencuci trek dan padang aku renung jauh-jauh dan dalam-dalam. Alangkah damainya, aku lihat. Berbual sambil menghayun mesin menebas rumput dan blower. Encik Fauzi yang aku kenali 2 hari sudah juga kelihatan khusyuk menyeret langkah. Beberapa orang Cina seusia malah yang lebih tua dari aku yang memang rutin di sini juga kelihatan aman damai.

Aku menarik nafas panjang. Kesihan pada ibu_suri di rumah yang aku kira semakin sulit kesihatannya. Lelah dada aku mengenangkan Akhmal yang ntah bila akan sembuh dari segala kebejatan hasil tangannya sendiri.

Aku tahu, aku tidak ada pilihan lain melainkan rengkuh perjalanan ini secekal hati!

5 ulasan:

iryantyismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
iryantyismail berkata...

berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul...

JR berkata...

Kadang-kadang kita melihat senyuman seseorang tanpa menjangka di balik senyuman dan keceriaan yang terpancar dia sedang menanggung kesakitan mental dan fizikal yang tak pernah diceritakannya. Bila sudah lama dekati barulah kita tahu setiap senyuman tidak bererti keceriaan menyeliputi hidup seseorang sepanjang masa....

insan marhaen berkata...

iryanti,
benar. kita akan dapat memahaminya bila telah berdiri di dalam kasutnya sendiri.

jr,
benar. ada orang melalui wajah kita tahu apa yang ada di benaknya. namun ada juga yang kita tidak dapat menduga apa-apa.

~Inni Osman~ berkata...

dulu kdg2 petang2 saya rajin juga brisk walking dkt mini stadium tu....sabaq ye IM...pelan2 terima dugaan tu ya...