Rabu, 14 Januari 2015

Kuasa Pecut


Aku ke Shell Kubang semalam untuk isi Petrol.

Sebelum ini aku isi RON95 Petronas untuk uji sejauhmana tahap penjimatan dan kuasa pecut. Rasanya sedikit bagus berbanding RON95 Petron (atau Mobil, sebelum ini) yang aku guna hampir setahun seusia Vivaku ini.

Namun dari jauh dah terpampang notis 'RON95 habis. Lori lambat sampai'. Aku termanggu sekejap, fikir...

Akhirnya aku nekad guna RON97 sebab petunjuk tahap 1 tangki minyak dah berkelip. Nak cari Shell lain jauh dari sini.

Sayangnya, isian RM50 kurang 2 bar berbanding isian ringgit yang sama dengan RON95. Kecewa juga namun itu dipujuk dengan kepuasan bila menekan pedal minyak sebaik keluar dari Shell.

Memang V-Power sungguh. Tak hairanlan sejak harga minyak turun bebaru ini, pam RON97 selalu didapati kehabisan.

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik ingatkan petrol ni sama saja walaupun jenamanya berlainan... :)

aizamia3 berkata...

Saya selesa isi minyak di Shell.. dan tak pernah lihat pun perbezaan antara Petronas dan Shell ataupun Petron.. janji ada minyak dan saya boleh gunakan kereta.. ;)

sud@is berkata...

ermm isi kat tempat yang mudah dan tak ramai orang...

AMIIZAA@Mieja berkata...

saya suka isi kat shell, petronas ada sikit kurang:)

JR berkata...

Sebelum Ron97 diperkenalkan, petrol yang sama dengan kandungan Ron97 itulah yang kenderaan kita di sini pakai hari-hari. Cuma bila harga minyak meningkat, kerajaan perkenalkan Ron95 yang kononnya setaraf dengan Ron97 tapi sebenarnya kandungan Ron95 telah didown grade untuk disesuaikan dengan harganya...

iryantyismail berkata...

2 bar banyak juga jarak nya tu im