Sekarang ini aku tengah memikirkan samada mahu terus mengisi Viva aku dengan Petron atau menukarkannya dengan jenama lain.
Bila nak isi petrol, aku gemar ke Petron Seberang Jaya (selepas bayar tol BKE). Kenapa suka ke sana ialah... jika isi RM50, akan dapat sebotol air 1.5 liter percuma disamping mata ganjaran dengan kad Miles. Air botol itu akan aku simpan untuk kegunaan ibu_suri di rumah. Dan mata ganjaran Miles lebih mudah ditebus berbanding Mesra Petronas apatah lagi Bonus Link Shell.
Angah memang lebih suka guna Shell. Menurut dia, petrol Shell lebih jimat dan ada power. Tak tahulah aku darimana dia dapat fakta itu atau mungkin dari pengalamannya sendiri.
Umum tahu bahawa RON97 lebih baik dari RON95 tapi dek faktor harga vs duit dalam poket yang semakin mengecil maka rata-rata kita memilih RON95 termasuk aku. Walaupun sekarang harga RON97 jatuh kepada RM2.11 dan khabarnya minyak di pam itu selalu kehabisan, aku masih tetap memilih RON95 kerana ianya 20 sen lebih murah. Lagipun, aku rasa jatuh bangunnya harga minyak ini lebih kepada permainan politik yang agak tidak jujur.
Berbalik topik asal, mana satu aku nak pilih jika benar nak beraleh penggunaan petrol?
Aku belek-belek pandangan blogger dalam siber, Petronas dan Shell adalah pilihan teratas dalam senarai mereka.
Tangki minyak Viva aku masih penuh. Dijangka 2-3 hari lagi akan surut. Kata orang, tak bagus selalu bertukar jenama petrol.
Kenapa aku berfikir untuk tukar jenama petrol? Bila akhir-akhir ini aku dapat rasakan petrol aku walaupun tangki penuh tapi cepat habis. Macam ada yang tak kena...
Kenapa aku berfikir untuk tukar jenama petrol? Bila akhir-akhir ini aku dapat rasakan petrol aku walaupun tangki penuh tapi cepat habis. Macam ada yang tak kena...
13 ulasan:
wah im pun tukar imej blog lah untuk tahun baru...cantik gambar jambatan pulau pinang berlatar belakang kan matahari terbenam..
encik somi guna shell dan bh p..
saya sentiasa isi kat petronas, kecuali kalau terdesak. sebab bila saya kumpul mata dalam kad mesra selama setahun, memang boleh buat beraya. dah selesai masalah kos petrol untuk raya... nak redeem petrol pun senang, mana2 je ada stesen petronas.
*saya bukan robot walau pun dalam tibia kiri dan dua2 femur ada besi, hehehee...
Kereta kakcik selalu isi minyak di Petronas atau Shell...
Dulu sy guna kad miles coz boleh reedem minyak.. lepas pindah putrajaya terpaksa tukar petronas... terpaksa rela coz itu je yg ada...shell ada tp jauh..
Saya guna 3 kad sekali - Petron, Shell dan Petronas. Pernah seorang mekanik nasihatakan saya jgn pakai Petronas,kononnya makan minyak kuat. Dia kata mcm tu ikut pengalamannya yg kdg2 bawa kereta perjalanan jauh. Entah betul atau tidak, wallahualam..
Saya guna petronas sb kepunyaan nasional
Sejak pencen saya ada dreba....sana sini dia bawa.Ttg minyak Petronas jadi pilihan utama.
Saya guna Caltex ron97
servis lah kereta tu...
sejak dulu saya lebih selesa isi minyak di petronas....
Saya bertukar kedua dua tu, petron dan petronas, ikut stereng rasanya....tak tahu plak yang mana lebih baik.....
petronas jadi pilihan utama...
Bapak selalu pakai Shell, kekadang Petronas.
kekadang terasa Petronas cepat abis.. ntah la.
Bapak pakai RON95 je, sesuai ngan enjin kereta Bapak yg biasa2 ni..hihi Bapak pernah baca RON97 lebih sesuai dan efektif ngan enjin kapasiti 2.0 ke atas...
Catat Ulasan