Jumaat, 6 Mac 2015

Dapur

Aku segan nak letak gambaran dapur rumah aku kerana ianya taklah seindah dapur kalian. Semalam, seharian aku mengemasnya. 

Mesin basuh yang baru, dah sampai.  Yang lama, dah 3 kali rosak. Aku ambil keputusan ganti saja dengan yang baru. 

Bila aleh keluar mesin basuh lama, serba mak nenek ada di belakang, rupanya. Kain buruk, sisa tulang ikan serta ayam dan sawang. Aku bersihkan dan susunatur  supaya air basuhan keluar tepat ke lubang kumbahan.

Aku buat sorang-sorang jer. Malas nak minta tolong anak yang ibarat paku dengan penukul. Tolongnya sikit, komennya lebih.

Berpeluh-peluh. Sakit belakang. Tua benar aku ini rupanya. Aku teringat semasa remaja dulu, bergotong royong bersih tanah perkuburan kat masjid dengan orang kampung. Pesan mereka:

"Buat pelan-pelan yop oi.. Badan kita ni nak guna lama..."

Bila dah siap semua, aku pandang dari jauh persis memandang sebuah mural. Rasa puas hati kerana tampak bersih dan kemas di mata aku. Cukuplah bagi aku dapur yang tak sepertinya ini. Aku pernah melihat dapur yang lebih daif dari dapurku ini semasa aku aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan dulu.

Tak tahulah berapa lama akan kekalnya kekemasan ini. Yang menggunanya ramai, yang mengemasnya tu la... sorang jer...


3 ulasan:

iryantyismail berkata...

alhamdulilah...ada rezeki dapat mesin basuh yg baru...betul tu im..baik buat sendiri..anak2 zaman sekarang lebih mulut dari buat

Kakzakie Purvit berkata...

Anak lelaki tak sama dgn anak perempuan IM. Kalau anak perempuan otomatik sakit mata kalau kelihatan kurang kemas - dia akan tahu buat. Apa pun syukur IM masih diberi kekuatan utk mengemas. Sedap mata memandang:)

Ibu n Abah berkata...

Betul tu IM
Yg menggunakannya ramai.. Yg mengemasnya kita jer...