Khamis, 9 April 2015

Doa


Semalam hampir sepagian aku di Klinik Kesihatan Kubang Semang, membawa ibu_suri untuk pemeriksaan kesihatan. Tekanan darah dan gula menurun sikit dari sebelum ini. Namun bagi doktor bacaan ini masih membimbangkan dia. Maka... macam biasa... doktor Cina yang masih muda itu... 'berleter'...

Yang aku nak habaq mai ni bukanlah sangat pasal rutin ibu_suri buat medical checkup tetapi ialah melihat ragam orang tua yang lebih kurang era aku ini. Ada yang datang berkerusi roda, ada yang bertongkat, ada yang berjalan mengheret kaki.

Ada yang tak faham-fahaam cakap jururawat, ada yang membebel tentang sakitnya, ada yang monyok dan ada yang terlebih ramah.

Aku meluahkan rasa kagum aku dengan beberapa orang Cina tua (majoriti yang datang ialah Melayu) yang membuat rawatan tapi gaya berjalannya memberitahu bahawa dia cergas. Berbeza dengan orang tua Melayu yang seperti aku tulis di atas.... bertongkat dan berpapah.

Ini semua seolah-olah memberi satu kesedaran yang otomatik bahawa sementara aku masih boleh berjalan dan berselera makan, sihat ini perlu dijaga. Jangan menjadi hingga seperti mereka yang lelah, yang payah dan yang susah untuk bergerak.

Biarlah aku menjadi orang yang menjaga orang sakit bukan sebaliknya menjadi pesakit yang orang lain pula terpaksa menjaga aku.

Sebabnya... aku rasa aku mampu dan layak menjaga orang yang sakit sekalipun kronik sedangkan aku tidak yakin yang orang lain boleh menjaga aku sekiranya aku pula yang sakit.

Aku selalu beritahu pada ibu_suri bahawa.... dia patut bersyukur pada Tuhan yang walaupun dia sakit tapi dia masih ada aku yang tetap sabar walaupun sesekali marah dan bosan menjaganya.

Bayangkanlah jika aku ini ditakdirkan tiada lagi...

Justeru itu aku selalu berdoa supaya kalaulah ditakdirkan untuk mati, biarlah ibu_suri yang mati dahulu. Tak patut ke doa aku ini?

6 ulasan:

iryantyismail berkata...

yan dan hubby selalu berdoa pada Allah..biarlah kalau dapat yan dan suami mati bersama...andai salah sorang mati dulu..merana rasanya yang hidup...mudahan Allah dengarlah doa yan dan hubby...

Bunda_nora berkata...

InsyaAAlah semoga IM diberi kekuatan hati dan mental menjaga insan2 tersayang dan semoga IM sehat2 selalu ...

aamiin

Kamsiah yusoff berkata...

ALLAH Maha pendengar lagi maha mengetahui yg terbaik utk hambanNYA

NzA berkata...

kat taman saya ni IM...seawal pagi saya lihat sekumpulan warga emas kaum cina xpernah miss bersenam secara berkelompok......mrk sgt rajin berjogging n bersenam.

Tanpa Nama berkata...

Setuju jika dikatakan warga emas bangsa lain (bukan Islam) lebih menjaga kesihatan dan kelihatan sihat dan cergas di usia tua. Semua itu atas izin Allah jua. Jika dilihat dari sudut lain, mereka itu dikurniakan nikmat oleh Allah di dunia sahaja. Org Islam insyaAllah.. sakit dan lain-lain itu penghapus dosa.. dan nikmat yang kekal adalah di akhirat nanti. Bagaimanapun.. perlulah kita juga menjaga kesihatan dan berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik.Kalau sy tersilap harap diperbetulkan.

insan marhaen berkata...

Tanpa nama,

Pandangan tuan itu memang betul. Syurga kafirun adalah di dunia.

kita perlu sihat di dunia untuk mengumpul bekalan di akhirat.