Tak tahu nak tulis apa. Hari-hari yang berjalan terasa hambar sahaja. Menjaga kerenah ibu_suri yang seakan mengongkong kebebasan aku hampir 24 jam akhir-akhir ini kekadang terasa seperti orang bodoh. Sesekali suaranya meninggi bila aku lambat sedikit menunaikan apa yang dia suruh membuat aku teringat pesan doktor. Emosinya boleh menjadi tidak stabil seperti mula dulu jika tidak dijaga dengan baik.
Semalam ada usrah gabungan di Pejabat IKRAM. Mulanya aku memberi komitmen kepada naqib untuk pergi tapi bila masa untuk pergi ibu_suri minta di tinggalkan di rumah Angah dan tak mahu ikut aku seperti selalunya. Aku cuba elak dari selalu meninggalkan ibu_suri di rumah Angah kerana mahu menjaga keharmonian hubungan dengan menantu. Maklumlah... kalau dah selalu pergi tentu nanti akan ada saja isu yang kurang enak tercetus. Akhirnya aku 'ponteng' usrah.
Tengahari semalam, semasa singgah di kedai makan Jalan Permatang Janggus, aku terjumpa Ahmad Baharudin. Dia berniaga bihum sup di pasar malam atas nama Habuna Trading. Dia memberitahu aku bahawa pihak masjid sedang mencari seorang sukarelawan untuk mengemaskini papan kenyataan masjid. Juga aku diminta untuk menolong j/kuasa PRK yang sudah mula membina bilik gerakan untuk membuat pemerosesan senarai pengundi di kawasan ini untuk culaan.
Kalau setakat kerja-kerja dokumentasi boleh la, Mad.... ujarku. Namun sebenarnya dalam hati agak bimbang juga takut tak dapat buat kerana emosi ibu-suri ini tak menentu.
Sebenarnya aku suka dengan kerja-kerja kemasyarakatan. Kerja-kerja belakang tabir. Lgipun aku tak reti nak berdiri depan mikrofon atas pentas atau mempengerusikan mesyuarat.
Sedari umur 25an hinggalah bilamana ibu_suri jatuh sakit, aku memang ligat dengan kerja-kerja semacam ini.
Sebab itulah sekarang agaknya aku terasa sepi dan kosong bila semua itu aku tinggalkan secara drastik dan tumpu perhatian kepada ibu_suri semata.
Entahlah!
6 ulasan:
Semoga kita diberi kesabaran mengharungi dugaan buat kita...Hanya bahu yg memikul merasai perit beban yg digalas...
InsyaAllah, kita masih mampu menggalas nya..
Semoga kita diberi kesabaran mengharungi dugaan buat kita...Hanya bahu yg memikul merasai perit beban yg digalas...
InsyaAllah, kita masih mampu menggalas nya..
menantu yg baik tentu memahami im..insyallah mungkin dia faham....
saya hanya berkata..bersabarlah dgn kerenah ibu suri..
Begitulah hidup..Kita seringkali berhadapan dengan pilihan. Kadang-kadang seperti yg berlaku kepada IM berhadapan pilihan yg sangat sukar. Dan dalam keadaan sukar itu kita perlu lihat keutamaan, utamakan yg utama. Pada saya kebajikan isteri lebih utama apa lagi dalam keadaan Ibu Suri yg ada masalah kesihatan..
Terima kasih semua atas nasihat. Sedang mencari sesuatu untuk boost up semangat...
Catat Ulasan