Isnin, 20 April 2015

Nasihat

8 pagi tadi aku ambil Angah untuk ke tempat kerja. Keretanya di tinggalkan di sana udah beberapa hari kerana sebab tersendiri.

Dalam kereta aku ambil kesempatan menasihatinya walaupun ibu_suri ada di sisi. Aku kena nasihatinya kerana aku mahu dia bisa menjaga keharmonian rumah tangga berdasarkan tips pengalaman yang telah aku tempuh selama 29 tahun berumahtangga.

"Angah... Isteri ini akalnya pendek. Pandangannya juga pendek. Citarasanya berbagai. 

Ayu sekarang dah berhenti kerja. Sepenuh masa di rumah. Dia akan melihat dan mengendalikan apa sahaja yang ada di rumah 24 jam sedangkan kamu... separuh masa di tempat kerja. Bila balik, kamu letih... lepas makan dan rehat, kamu tidur.

Jadi.. jika kamu membeli kelengkapan dalam rumah macam langsir, cadar atau perabut... biarlah isteri kamu yang pilih berdasarkan warna atau bentuk yang dia mahukan. Perempuan ni selalunya cerewet pada benda-benda kecil macam warna, corak jenis kain dan lain-lainnya.

Tugas kamu ialah melihat dari sudut besar. Contohnya harga, kualiti yang sesuai dengan harga dan kesesuaian jangka panjang.

Citarasa isteri selalunya tidak sama dengan suami. Justeru kamu jangan terlalu banyak bertelagah. Berlebihkuranglah dengan citarasa Ayu selagimana dari sudut besarnya, pilihan dia itu tidak melanggar batas agama dan kemampuan.

Ayah nasihatkan kamu sebab ayah nak rumahtangga kamu berjalan dalam harmoni. Ayah ada 29 tahun pengalaman hidup bersama ibu kamu. Tak banyak sikit ayah tahu kerenah isteri.

Tugas kamu memandu perjalanan keluarga kamu. Tugas isteri ialah menguruskan hal-hal di dalam rumahtangga."

Rasanya kali ini nasihat aku terhadap Angah lebih serius dan ikhlas.


7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Suami kakcik rajin membeli kelengkapan rumahtangga bila ada kemampuan. Dari langsir ke pinggan mangkuk, kebanyakannya memang dia yang beli. Selalunya memang kakcik terima tanpa banyak bicara... :)

iryantyismail berkata...

betul tu im... :-))

sesekali isteri nak juga reward sebagai tanda penghargaan mnjaga hal rumahtangga serta anak dan suami...

mama maman aka yana berkata...

Setuju tuh IM.. wlpun cam sy.. sy beli guna duit sendiri tp sy mesti jugak tanya HUBBY pendapat dia.. hehe

Kakzakie Purvit berkata...

Ada juga isteri yg jenis tak kisah apa yg suami beli pakai aje. Macam kakak ni IM apa yg abang beli kakak guna aje... cuma anak kakak yg cerewet sikit (anak perempuan).

Bearcat berkata...

Nasihat daripada seorang ayah dan suami yang prihatin dan sensitive dengan keadaan sekeliling. Terbaik!

Ibu n Abah berkata...

Akak pula tak sepandai suami memilih barangan dan hiasan rumah.
Semuanya akak serah pada suami.

insan marhaen berkata...

Menantu saya - Ayu - jenis yang agak sikit agresif. Mungkin sebab dia jauh lebih tua dari Angah.

Lagipun dia seakan supervisor di tempat kerjanya. Jadi sikap itu terbawa di rumah.

Saya membuat nasihat begini pada Angah setelah saya dapat membaca riak tindakbalasnya bila Angah membeli kabinet dan tv tanpa berbincang dengan dia dan dia nampaknya kurang senang dengan pilihan Anagh itu.