Aku ni jenis yang banyak memandu. Kalau masa kerja naik kereta sendiri dulu, kereta aku hampir setiap bulan hantar servis 5000km.
Sekarang ini pun lebihkurang sama je walaupun dah tak bekerja. Setiap hari mesti bawa ibu_suri jalan-jalan bagi hilangkan kebosanannya terperap di rumah. Viva aku ni walaupun baru setahun 5 bulan, milagenya dah mencecah 40 000km.
Aku hantar ke Perodua untuk servis percuma. Selepas ini ada tinggal 2 kali servis saja lagi. Lepas itu... bayor sendiri le nampaknya.
Aku suka dengar lagu dari cd semasa memandu. Jarang dengar radio. Sebab itu aku ada banyak koleksi cd. Nasib baiknya ibu_suri faham dengan fe'el aku ni walaupun kekadang dia merungut rimas sebab asyik-asyik belek cd, beli cd, cuci cd dan tukar cd. Bila dia bebel gitu, aku bagitau dia.... abang cuma suka cd jer.... bukan suka perempuan lain..he..he.. (aduh.... sakittt la pulak peha aku ni!)
Aku tertarik dengan iklan sound proof yang ada masa aku belek-belek kertas iklan di rak. biasalah kereta Malaysia ni. Bila ada kat lebuhraya, bunyi luar lebih kuat dari bunyi sound system dalam kereta hingga buatkan aku terpaksa tinggikan volume pemain cakera padat aku ni.
Maka aku bertanyalah pada staf di kaunter. Harga untuk sound proff bagi bonet lebihkurang RM90. Tapi bagi pintu lebih RM250. Mak aii... mahalnya. Tapi bila diberi penerangan, barulah aku faham kenapa. Aku dulu kan kerja bahagian teknikal. Dan semasa aktif dengan NGO dulu, aku selalunya ditugaskan menjaga sound system terutama bila ada persembahan pentas. Aku juga antara yang bertanggungjawap mengurus sound system kuliah bulanan Dr danial di Tapian Gelanggang Batu Uban.
Aku pun pejam mata jer menyuruh Perodua memasang alat itu. Dan hasilnya... huu... walaupun bukan sangat 100% kereta aku kurang bunyi dalaman semasa memandu akan tetapi kurang bising dari selalu. Faktor lain yang menyumbang ialah jenis tayar dan juga bunyi dari dalam kereta sendiri.
Itu sajalah modifikasi yang aku suka buat dalam kereta kecil aku ni. Bagi aku kereta ini persis rumah kedua. Perlu menyenangkan perasaan ketika memandu. barulah anytime ibu_suri ajak keluar... no problem...
13 ulasan:
Style nya. Tak tahu pun ada sound proof utk kereta !
ada kena GST tak im :-))
salam bang
nasib ayat ni jadi penyelamat.. haha..(bang cuma suka cd jer.... bukan suka perempuan lain..he..he.. (aduh.... sakittt la pulak peha aku ni!)
* sesekali manjakan kereta sndiri apa salahnya..:)
erk...myvi tu sesuai tak letak ye..
rasa cam orang muda lak..
takut space untuk bonet reta tak muat dah..banyak barang sekolah dalam tu
p/s kereta saya lak sekolah kedua saya:-))
Saya tak ingat bila kali terakhir saya beli CD...agaknya 10 tahun yg lalu kot. Ketika itu seminggu sekali saya kembara pagi-pagi buta (pukul 4.00 pagi) dari rumah di Alor Setar ke Taiping naik kereta. Saya suka pasang ayat Quran ketika mengharungi perjalanan yang biasanya kereta sangat kurang atas lebuhraya waktu pagi-pagi buta sebegitu...
Saya tak ingat bila kali terakhir saya beli CD...agaknya 10 tahun yg lalu kot. Ketika itu seminggu sekali saya kembara pagi-pagi buta (pukul 4.00 pagi) dari rumah di Alor Setar ke Taiping naik kereta. Saya suka pasang ayat Quran ketika mengharungi perjalanan yang biasanya kereta sangat kurang atas lebuhraya waktu pagi-pagi buta sebegitu...
Makchaq jenih naik kereta sunyi sepi sampai ada yang teguq bila tumpang kereta..
La ni dok dengaq bunyi kloq klaq kloq klaq grug grag grug grag bahagian2 reput kereta tua tu ja la...dah jadi macam muzik pulak...he.. he..
nak beli kereta baru malas nak berutang dah nak-nak pencen ni..
nampaknya saya pun kena pasang jugak sebab masalah kita sama, bunyi bising dari luar...
*eh, usia kereta kita sebaya.
tq infonya..terbaik...
Saya dah lama teringin.Naik Accord 2nd Generation memang cool.senyap je.tu ori tu.Beli Waja baru ingatkan ok tapi sama je bunyi bising.Letak la foam dlm body kena dekat 2K.Tu 10 tahun lalu.Sekarang ambik kereta Altis lama member sama jugak.Tanya kedai2 full soundproof kereta dlm 2k.Wow mahal gak.Survey kat Mudah.Lazada.11thstreet.lain2 boleh diy murah sikit.Baru nak try.Tapi bila ingatkan nak bukak lantai.bumbung.susah gak.Cam ne ya...Cadang nak tukar Dvd ...
Apa pendapat anda
yang penting ada kereta untuk bergerak tuan
Catat Ulasan