Isnin, 29 Jun 2015

Raihan - Maafkan


Akhirnya aku dapat juga memiliki album Maafkan dari Raihan ini. Aku beli secara online dengan harga RM45. Ikut harga asal aku agak di bawah RM30. Campur untung dan kos pengeposan, aku kira orait jugalah.

Aku memang suka cari cd sebagai koleksi. Ini hobi aku sejak dulu lagi. Dulu, zaman remaja, zaman piring hitam, aku akan beli sekeping piring hitam disetiap kali dapat gaji. Harga sekeping masa tu lebih kurang RM10. Sekarang ini kalau nak beli (baru) boleh mencecah RM250.

Kemudian beraleh ke zaman kaset.  Zaman ini aku dah bekerja. Zaman kumpulan nasyid Arqam tengah naik. Dalam almari aku agaknya ada ratusan kaset aku beli termasuklah kaset bacaan Quran, Selawat dan ceramah (agama maupun politik). Tak tahu nak buat apa dengan simpanan aku tu. Nak buang... sayang. Nak jual... ntahlah... tengah pikir!

Sekarang... terutama sejak ibu_suri jatuh sakit dan gemarnya menyuruh aku bawanya berjalan-jalan walaupun tanpa tujuan, aku gemar kumpul cd. Masuk saja dalam kereta, akan berbunyilah pemain cd aku tu. Masa aku menggunakan Wira dulu, pemain cd aku berganti dua kali kerana rosak dek selalu guna.

Setakat ini koleksi cd aku dan melebihi 100 keping. Ada yang memang aku sayang seperti cd yang kini dah menjadi klasik - NadaMurni dan seangkatannya dengan cop OVA Production sebagai syarikat penerbitan. Sudah tentu album Rabbani (hampir ada semua volume), Raihan, Hijjaz, SaffOne (dulu dikenali sebagai Nahwan  Nur kemudian sebagai Mustika), Diwani, Firdaus, Brothers, NowSeeHeart, Soutul Amal dan banyak lagilah.

Aku juga suka beli album artis luar macam Opick, Maher Zain, Sami Yusuf dan album kompilasi Islamic Music dan Soul Of  Islamic Music.

Aku masih mencari album lama melalui grup yang menjual secara online. Jangan heran ya kalau aku katakan, piring hitam dan kaset; walaupun ramai menyangka iangnya sudah tidak popular di Malaysia namun sebenarnya masih ada penggemar dan pembelinya. Hatta walaupun kulit luarnya sudah lusuh sekalipun. Album Raihan - Syukur itu ada yang dijual dengan harga RM80.

Aku pernah pergi ke Kompleks Bukit Jambul dan terserempak dengan satu kedai yang menjual piring hitam lama. Di dalam kedai itu disediakan pemain piring hitam (turn table) siap dengan sistem audio yang hebat.

Selain album nasyid, terus terang katakan aku juga ada dan mencari album lagu-lagu biasa sezaman aku seperti Sohaimi Mior Hassan, Kembara, Kumpulan Harmoni, D'Lloyd, The Mercy's, Blues Gang, Black Dog Bone dan paling banyak ialah Alleycats (re-press album dari volume 1 hingga volume 7 kerana ibu_suri adalah peminat tegarnya.

Apa boleh buat... dah minat. Mungkin minat ini turun temurun dari abah aku yang dulu suka menyanyi di pentas dan kenduri kahwin hingga terkenal dengan gelaran - Am Sri Mersing.

Dalam masa yang sama aku juga mula berjinak menjual cd-cd yang aku terbeli tapi kemudiannya tidak berkenan. Aku dah berjaya menjual sekeping cd Nada Murni - Untukmu Rasulullah melalui promosi di sini. Ada lagi sekeping... aku ingat nak hadiahkan kepada kawan sekerja aku yang juga punyai kumpulan nasyid sendiri,

Sat lagi, otw pi rumah abah mertua untuk bawa dia pi rawatan susulan di Hospital Lam Wah Ee, aku nak putar album Maafkan. #Inikan Puasa...he..he..

4 ulasan:

AMIIZAA@Mieja berkata...

salams ramadhan,

selamat berpuasa buat uncle dan ibu suri, semoga sentiada dalam lindungannya dan dikurniakan kesihatan yang baik. AMin...

Kakzakie Purvit berkata...

Memandu sambil menghayati lagu/nasyid yg ada buat kita tak rasa penat IM. Tahu-tahu aje dah tiba destinasi.

LadyBird berkata...

Salam rMadhan.. Simpanlah cd2 tu.. Zaman skrg dah xde.. Piring hitam pun generasi kami xpernh tgk org gune mcmn..

aizamia3 berkata...

kaset dan cd lagu yang saya ada dulu dah selamat en. hb buang.. sayangnya.. :(