Halaman

Rabu, 1 Julai 2015

Pandang Wajahku!

Aku pun tak ingat hari ini masuk puasa yang keberapa. Tak pernah kira kerana hari yang berlalu seakan sama sahaja. Kalau aku nak tahu, aku tanya ibu_suri saja.

Walaupun aku dah tak bekerja yangmana sepatutnya aku tak perlu lagi risau pasal odit ISO, pasal technical report yang perlu aku submit di setiap bajet, pasal surau, pasal isu-isu makan di kantin, pasal memulihkan kes-kes histeria yang kerap terjadi di kalangan pekerja wanita dan sebagainya, aku masih tetap juga di selubungi resah dengan bebanan pemikiran. Keadaan ibu_suri yang semakin obes buatkan pergerakannya terbatas, Akhmal yang masih ting tong dan tak tentu masa depan, pasal kos sara hidup aku yang rasanya tak boleh nak berdikit dan paling merimaskan ialah keadaan rumah yang berselerak tak seperti rumah rakan blogger lain yang aku perhatikan cantik dan bersih.

Ramadhan ini masih aku tak mampu nak isi dengan solat berjamaah di masjid secara konsisten. Aku masih tidak dapat melibatkan diri dengan aktiviti IKRAM dengan sepenuhnya malah jika tak kuat semangat dan sabar, balik kampung untuk jenguk mak juga mungkin dikekang oleh ragam ibu_suri yang memberatkan.

Aku terpaksa simpan semua galau ini di dada tanpa dapat berkongsi semuanya. Bagitupun, aku tetap juga bangun walaupun jatuh banyak kali. Aku tahu, selagi bernafas selagi itulah aku tiada pilihan lain selain meneruskan kehidupan.

Aku selalu berdoa muga Allah berikan hidayah kepadaku, berilah petunjuk ke jalan yang lurus, berkan aku rezeki yang berkah, sihatkan tubuhku dan beri aku peluang untuk hidup dan selesaikan semuanya ini.

Anak-anakku nampaknya masih bergantung kepada aku walaupun pada zahirnya mereka sudah besar dan sepatutnya berdikari.

Dan aku tidak nampak melainkan aku terpaksa membantu diri sendiri untuk meneruskan hidup tanpa mengharap tangan-tangan orang lain.

Muga Allah memandang wajahku walaupun aku kekadang memalingkan muka daripada Dia!

8 ulasan:

saniah ibrahim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
saniah ibrahim berkata...

assalam,terimakasih sudi singgah blog saya.
moga tabah menghadapi ujian2 kehidupan ....moga Allah sentiasa beri pertolongan dan dipermudahkan segala urusan

saniah ibrahim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nor Azimah berkata...

Ambil kesempatan sebaiknya di bulan doamu didengariNya, sambil buat apa saja, berbicaralah, merintih,memohon sebanyaknya kpd Dia.

Mario berkata...

kenapa blog bro takbole tengok kat hp ek...?

Kakzakie berkata...

IM memerlukan seseorg yg boleh diluahkan rasa yg terpendam bukan sekadar di blog aje. Kalau tak boleh buat stress dan akibatkan kena darah tinggi. Sungguh IM insan terpilih kerana ada kekuatan diri. Org lain belum tentu mampu.

Teruskan berdoa tanpa lelah.

iryanty ahamad berkata...

sekurang kurangnya Allah masih pinjamkan ibu suri pada im..hargailah semasa ada....

insan marhaen berkata...

Mario,

Kenapa itu saya tak pasti tapi selalu saya update blog saya dan baca blog rakan-rakan melalui handphone saya.... ok jer...