Jumaat, 17 Julai 2015

Beraya Di Wad


Setelah menunggu 3 jam barulah akhirnya staf hospital membuat keputusan menahan aku di wad. Tahap platelet darah aku semakin merun dari 35 kepada 16.

"Kalau ini berlarutan, bimbang akan berlaku pendarahan ke otak," ujar doktor muda India itu.

Aku tenang sahaja mengangguk akan saranan doktor. Rasanya pun, rawatan penuh di wad adalah yang terbaik.

Ini pengalaman pertama aku memakai pakaian hijau dan duduk di katil putih yang mempunyai jiran seramai 7 katil lagi. Semasa aku di bawa dengan kerusi roda oleh pembantu hodpital, terasa satu pengalaman yang baru.

Aku berazam untuk menjadi pesakit yang tidak banyak kerenah.

Doktor silih berganti datang interview.

Ruusan dari interview itu, doktor pun kata;

"Kalau keadaan macam encik ini, insyaAllah akan cepat baik dengan syarat minum air banyak.."

Aku nak rasakan enjoi duduk di sini. Tak mahu ghaplah fikir hal luar. Biarlah anak-anak aku urus ibu_suri pula. Bukan selalu pun.

Aku harap bila balik nanti aku dalam keadaan cukup fit turun berat badan.

Saja aku tak beritahu kawan ramai yang aku ada di sini. Biarlah aku betsendirian buat sementara waktu ini.

5 ulasan:

pB berkata...

Semoga cpt sembuh. Demam denggi ambil masa lama utk betul betul pulih. Akan sentiasa jadi letih.

pB berkata...

Semoga cpt sembuh. Demam denggi ambil masa lama utk betul betul pulih. Akan sentiasa jadi letih.

iryantyismail berkata...

oh im kena demam denggi...cuba minum sup ketam im

Tanpa Nama berkata...

sALAM
Permintaan tuan di tunaikan Allah swt. Ada banyak hikmah di kejadian ini, renungkan dan insaf..serta bersyukur.. jgn di kelu atau kesah..

rehat dan biar anak anak lihat bagaimana menguruskan ibu mereka .. juga biar ibu suri rasa dan ingat juga jika awak tiada. sekurang kurangnya biar dia dengar cakap awak .. dan tidak ikut angin dia..

Nor Azimah Ali berkata...

Jauhnya perjalanan hidup IM...penuh dugaan..tanda kasih sayang Allah..