Doktor baru sahaja datang membuat lawatan susulan. Rata-rata doktor yang ada di sini adalah muda-muda... sekitar 20 ~ 30an. Cumanya, tidak ada lansung doktor Melayu!
Semalam, saudara maraku yang datang ziarah banyak bagi cadangan
Suruh minum air rebusan daun betiklah, makan sup ketamlah dan minum 100 plus.
Pagi ini aku berpeluang mendengar sikit penerangan doktor.
Rupanya bila bercakap tentang denggi ianya bukan saja berkenaan Platelet tapi juga tentang hati, tentang sel darah merah, darah putih dan ntah apa lagi istilah darah.
Betik dan ketam hanyalah satu pemangkin kepada meningkatkan tahap platelet (ketam adalah paling berkesan) tapi selama aku di sini taklah pula diberi pil sup ketam atau pil rebusan betik sebaliknya disuruh banyak minum air kosong hingga letih mengulang tandas hampir setiap 2 jam.
Kata doktor, perkembangan kesihatanku ke arah postif.
"Walaupun geraf naik dan turun awak agak perlahan tapi itu afalh normal. Memang ianya takkan pulih mendadak tapi ambil masa. Yang penting awak kena banyak minum air,ok..."
Kemungkinan besar aku boleh balik hari ni, agaknya. Dah mula rasa rindu pada rumah dan mendengar suara ibu_suri!
6 ulasan:
semoga cepat pulih spt sediakala....
Alhamdulilah..moga dapat keluar hari ini :-))
Syafakillah IM
salams aidilfitri, semoga uncle cepat sihat....amin
Syafakillah IM, semoga cepat sembuh dan dapat menikmati Syawal yg masih berbaki di rumah....
Semuga segera sembuh
Dan berehat dirumah disamping ibu suri dan anak2.
Catat Ulasan