Halaman

Ahad, 12 Julai 2015

Tat Nenas


Aku berasa kurang sihat hari ini. Ditambah dengan sejuk penghawa dingin buat aku tak jerap tidur. Aku beraleh baring di luar ketika jam dah pukul 2 pagi. 

Ntah bila aku terlena. Tiba-tiba ibu_suri kejutkan aku tatkala jam penggera talipon berdering di 4.30 pagi. Memang aku dah pesan suruh kejutkan bila saja penggera berbunyi untuk laksanakan Tahjjud. Punyalah beratnya nak bangun.

Sahur aku cuma dengan se-mug teh tarik dan beberapa keping roti. Tengah malam semalam, aku cuma beli sebungkus nasi, telor masin, kari kacang bendi dan ikan goreng untuk ibu_suri saja. Aku tak mahu makan berat konon nak jaga perut aku ini supaya tak penuh. Yangmana akhirnya buat aku tak selesa untuk ibadat. Sasaran aku ini kira tercapailah juga 75 peratus. Berbuka nanti aku cadang nak makan kurma dan moi sahaja. Muga sasaran ini mencapai 100 peratus.

Along akan balik dari Kepong Rabu ini. Maka aku perlu segera kemaskan bilik dia yang semak dengan barang-barang. Semalam dah beli kipas diri untuk kemudahan dia yang selalu merungut akan kipas siling tak cukup kuat anginnya. Orang yang berbadan besar ini memang hangat saja badan mereka, agaknya. Bagi aku, setting kipas kepada angka 2 dah cukup dengan angin yang sepoi-sepoi.

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku mengemas rumah. Esok, ibu_suri dah bagi signal supaya mencari kuih raya. Ayu bagitau, dia akan belikan kuih samperit dan tat nenas gulung untuk ibu_suri. Nak buat sendiri... katanya, takut tak sedap. Aku tanya ibu_suri, tat nenas gulung tu macam yang kat gambar di atas ka? Ntah... jawap ibu_suri.

Aku perhatikan kuih raya dah naik 2~3 ringgit sebekas berbanding dulu yang sekitar rm25.

"Tahun depan, kalau minyak dan tol terus naik, tak mustahil sebekas kuih raya mencecah rm30..." ujarku pada ibu_suri semalam.

Nak kata apa.... pekedai naikkan harga barang, kerajaan saman. Kerajaan naikkan harga minyak dan tol, siapa pula nak saman?  

Soalan di atas tak perlu jawapan. Biarlah ianya tergantung. Buat sakit kepala jer memikirkannya...he..he..

16 ulasan:

shaliza berkata...

Betulah tu tart nenas gulung...antara feveret saya jugak...kalau pak Im punya masa...pak Im pun boleh buat tu...agak senang kuih tu:-)

Sue Bee berkata...

HArga benda semua naik.kalau tak naik,sukatan dikurangkan..

insan marhaen berkata...

Memang ibu_suri ada suruh saya buatkan dengan tunjuk ajar dari tapi...hu.. kerja yang dok ada pun berlambak niih!

insan marhaen berkata...

Sebab itu kekadang saya lebih rela bayar lebih asalkan kualiti n kuantitinya sama dgn sebelum ini.

Dan kalau tak mampu, tinggalkan saja melainkan kalau terpaksa...

insan marhaen berkata...

Sebab itu kekadang saya lebih rela bayar lebih asalkan kualiti n kuantitinya sama dgn sebelum ini.

Dan kalau tak mampu, tinggalkan saja melainkan kalau terpaksa...

insan marhaen berkata...

Memang ibu_suri ada suruh saya buatkan dengan tunjuk ajar dari tapi...hu.. kerja yang dok ada pun berlambak niih!

insan marhaen berkata...

Memang ibu_suri ada suruh saya buatkan dengan tunjuk ajar dari tapi...hu.. kerja yang dok ada pun berlambak niih!

❤Kamsiah❤ berkata...

saya lbh suka buat sendiri berbanding beli..lbh puas hati..

NzA berkata...

Semua dah naik harga. Nak xnk terpaksa jugaklh beli,

iryanty ahamad berkata...

dah 6 tahun buat sendiri biskut raya :-))

Tanpa Nama berkata...

Tahun ni anak anak di perantauan tak balik. Raya ala kadar je. Biskut raya pun tak buat. Beli jer jenama nuraine sebekas rm11.00. Sedap juga. Alhamdulillah.

LadyBird berkata...

Sini harga kuih muih dah melambung naik.. buat sdri lg murah.. tp xsedap.. hihi.. sb lady xpandai..

Nor Azimah berkata...

IM...pilah cari biskut raya Ikhwan...harganya ttp sama mcm tahun2 sudah, paling tinggi rm25 je, tat nenas pun ada, sbb diorang berniaga bukan nk cari untung tapi memenuhi fardu kifayah..lawan dgn biskut raya dari cina yg melambak di pasaran tu.

Ibu n Abah berkata...

Boleh dikatakan tart nenas mmg kuih wajib yg mesti ada dirumah kita. Alhamdulillah sejak akak kecil.. Akak kenal dgn tukang buat kuih tart yg sedapppp. Mmg jarang beli tempat lain.

CintaHati Lina berkata...

Sekarang semua benda dah naik.. nak tak nak kita semua kne hadap jg...nak membantah..kang tak pasal2 kne cekau pak polisi... tart nenas ni sedap.
Tp kalu salah bt.. sekali pegang je mau hancur..hihi

aTieYusof Family berkata...

Kat sini kuih dah mencecah rm32 (50biji)..ada smpai rm35..stress bila nengok harga barg2 skrg ni..huhu..
salam lebaran IM... :)