Isnin, 31 Ogos 2015

Petang Di An Nahdhoh


Petang tadi aku hadiri program Lawatan Jawatan Kuasa IKRAM Pusat ke Pulau Pinang. Aku hadir awal kerana cuba untuk menjadi punctual person. Aku tinggalkan ibu_suri di rumah setelah 'bodek' dia dengan selesaikan mandi dan pakaikan dia serta membelikan makanan yang dia suka.

Aku lebih banyak duduk sendirian dari ngobrol dengan rakan seperjuangan. Entah kenapa aku lebih mahu bersaorangan. Memberi fokus kepada  apa yang nak disampaikan oleh top person dari pusat. Aku rasa, aku banyak ketinggalan info. Dan aku percaya, isu-isu terkini seperti GHB, BERSIH, pendirian serta komitmen IKRAM terhadap misi Malaysia Menuju Negara Rahmah menjadi topik interaktif. 

Di kala orang lain lebih memihak kepada kumpulan yang dia suka tetapi di masa yang sama mengkritik/melabel kumpulan yang dia tidak suka, IKRAM mengambil sikap melihat sesuatu itu melalui kacamata rahmatan lil alamin. IKRAM lebih suka melihat peluang kepada dakwah terutama pada orang belum Islam.

Perut aku semakin berkeriut kerana belum makan sejak tengahari. Sejuk di dalam dewan pula bikin kaki aku rasa bagai di gigit hawa dingin. Aku melihat-lihat jarum jam tawaf di tangan yang menghampiri jam 6 tapi soalan demi soalan teraju seperti tidak mahu ditamatkan.

Akhirnya, aku angkat kaki awal, solat dulu di tingkat bawah sebelum menuju ke warkop kegemaranku di tepi Masjid Kubang Semang. Petang-petang gini makan cucur udang dengan kopi o memang perghhh...

Tak lupa, tapau sebungkus untuk ibu_suri yang mungkin sedang cekak pinggang menunggu aku balik. Dan di sepanjang pemanduan ke rumah aku terkenang saat-saat kebersamaan dengan rakan-rakan nasyid MUHAJJIR!

7 ulasan:

iryantyismail berkata...

Asalamualaikum im...selamat pagi...

Entri akhir pasal cucur udang..perh....sedap tu im..cicah kuah kacang..

mario berkata...

mmg terbaik tu cucur udang...

Tanpa Nama berkata...

Saya belajar dari sejarah...tidak sesekali bersama dgn org kafir..samaada dlm kerajaan dan pembangkang..mereka manis dimulut bila belum dpt..

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Pengalaman saya pula berbeza. Kebanyakan mereka akan menghormati kita jika kita tunjukkan akhlak yang baik dan dalam masa yang sama menghormati mereka. Tak dinafikan memang ada yang jenis harbi...

Macam orang kita juga. Ramai yang baik tapi ada juga yang bagai melepas anjing tersepit atau bagai kacang lupakan kulit.

saniahibrahim berkata...

Sya sokong pendapat im,sama je dgn orang kita ,ada yg baik dn sebaliknya

insan marhaen berkata...

Tanpa Nama,

Satu lagi pandangan saya ialah, jika kita menanam sikap lansung tidak mahu bersama dengan orang kafir maka tidaklah dapat kitaa mengamalkan satu lagi sunnah Rasulullah yakni menyampaikan dakwah kepada orang belum Islam.

Adalah malang bagi kita yang menutup pintu serapat-rapatnya dari mendekati mereka yang bukanlah semuanya 'jahat' tetapi masih ramai yang baik dan boleh kita jadikan kawan dan jiran.

Sejarah hidup saya semasa susah dulu di kampung, taukeh-taukeh Cina inilaah antara tempat mak saya mencari rezeki dan mereka amat mempercayai mak saya yang amanah dan jujur bekerja sehinggakan mereka sanggup memberi kunci rumah mereka apabila mereka keluar untuk beberapa hari.

Tanpa Nama berkata...

Dari segi kemanusiaan..ya harus berbaik tp dari segi kuasa tidak sesekali..