Selasa, 8 September 2015

Bengkak

Aku nekad mengambil aleh tanggungjawap rutin membawa abah mertua ke klinik bermula semalam. Ujarku pada ibu_suri - sekadar ini yang boleh kita perbuat demi membalas jasa mak dan abah. 

Walaupun kita tinggal di seberang sedangkan anak-anaknya yang tinggal dekat masih ada, kita usah ingat kenapa dan mengapa tidak mereka. Kita ikhlaskan hati menggalas tugasan ini. Aku rasa bukan saja ini akan menyenangkan hati abah malah meringankan 'beban' yang terpaksa dipikul sendirian oleh Yati, adik ibu_suri yang selama ini menjaga mereka berdua sejak bertahun lamanya.

Aku beritahu doktor wanita Cina di bilik 7 Klinik Kesihatan Jalan Perak itu bahawa abah masih belum di periksa darahnya. Dan... kaki abah bengkak.

Doktor memberi tarikh temujani baru hari Khamis ini untuk pemeriksaan darah. Memberi ubat untuk 2 minggu termasuk pil untuk buangkan air dari dalam badan. Fahamlah aku, kaki abah bengkak mungkin disebabkan kegagalan buah pinggangnya memproses nyahkan lebihan air dalam badan. 

Bukan mudah bawa abah yang susah untuk berjalan sebab lutut yang tak kuat. Juga, bukan mudah sebab abah kerap mahu ke bilik air. Untungnya sebab aku mempunyai pengalaman luas semasa menjaga ibu_suri dulu. Pengalaman ini aku gunakan pula semasa menjaga abah. Apa pengalaman berguna itu?

Sabar
Tenang 
Berlapang dada
Memahami
Kasih sayang

Selepas Khamis ini, 2 minggu lagi aku perlu bawa abah semula untuk temujanji baru. Doktor nak lihat semula kondisi kaki abah selepas makan pil itu. Tapi rasanya... masih sama!

10 ulasan:

Nor Azimah Ali berkata...

Sabarnya...

mokja berkata...

semoga Allah mempermudakan urusan IM sekeluarga.Bertuah mereka dapat perhatian Im dan bertuah IM dapat mengumpul pahala.

mokja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
saniahibrahim berkata...

IM bertabah menjaga mertua..Kata suami menjaga orangtua ni bagus,rezeki pun murah.

iryantyismail berkata...

moga ayah mertua im lutunya tak.apa2..amin

Cikgu Ije berkata...

Harap ada perubahan positif untuk next appointment. Doakan! VitaminSuci

Kakzakie Purvit berkata...

Tak ramai anak apa lagi menantu mampu menggalas kerja seperti yg IM lakukan. Tapi percayalah raqib tak pernah lalai dgn tugasannya

Doa ayah pastinya setiap kali IM berbuat baik padanya tak putus. Percayalah..

JR berkata...

Itulah untungnya orang pencen ada lebih banyak masa untuk kumpul pahala...

Unknown berkata...

Bagusnya..niatkan amalan kita lillahi taala..

Murni Alysa berkata...

Semoga IM diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjaga bapa mertua..Aamiiin!