Khamis, 12 November 2015

Dari ICU ke ICU


Besan aku dipindahkan dari wad ICU Hospital Bukit Mertajam ke Hospital Seberang Jaya. Kaki kanan dan tangan kirinya dijangka akan dipotong akibat diabetes. Melihatnya terlantar dengan tiub oksijen di jolok masuk melalui mulut ke tenggorok buat aku rasa gayat dan sekejap saja di katil.

Aku menasihati isterinya supaya menerima semua ketentuan Allah ini dengan sabar dan lapang dada. Mahu tidak mahu, kena hadapi. Yang sakit tetaplah sakit. Yang sihat inilah perlu kuat dan tabah menjaganya.

Aku singkap pengalaman aku semasa bulan-bulan awal ibu_suri diserang minor stroke. Yang kemudian menjadikannya murung dan kekadang agresif. Ujarku, masa itu aku terasa dunia ini teramat kosong. Tidak ada kawan. Hari-hari demi hari aku lalui, belajar mengurus tekanan dari ujian yang Allah beri. Dimasa yang sama Akhmal pula asyik keluar masuk mahkamah.

Sekarang ini, aku sudah sedikit 'kebal' dengan ujian sebegini. Walaupun aku masih juga resah, lelah dan sesekali jemu, aku masih boleh bersikap selamba dengan semua itu. Aku boleh bersikap biasa walaupun sebenarnya dalam hati tidak rasa selesa...

7 ulasan:

Unknown berkata...

sama macam tokwan saya dulu la..potong kaki sikit2 sampai ke peha..yang muda2 ni beringat la..makan kena jaga ..gaya hidup kena ubah kalau selama ni tak amalkan bend2 menyihatkan..kan?

iryantyismail berkata...

betul tu im..biar pun dah lali
.tapi ada ketika kita akan rasa bosan dan nak lari

iryantyismail berkata...

assalamualaikum im...sempena ulang tahun setahun blog yan..im salah seorang penerima cendermata dari yan...boleh tak im email kan alamat im

iryanty83@gmail.com

Kamsiah yusoff berkata...

ayah saya ada 3 beradik..yg sulung dan bongsu dah lama meninggal akibat diabetis..

hrusli61 berkata...

Semoga Allah SWT yang Maha Pengasih memudahkan segala urusan mu IM.

AtieYusof berkata...

semua ujian tu menguatkan IM ... dapt juga tempuhi dengan tenang bila dah biasa ...

Murni Alysa berkata...

Bapak mertua saya pon diabetes..Dah 7tahun dia insulin..Alhamdulillah dia masih sihat sampai loni..sebab dia jaga btul2 pemakanan dia loni