Halaman

Rabu, 17 Februari 2016

Lupa


Entah kenapa, akhir-akhir ini aku kerap lupa dalam sembahyang. Lupa rakaatlah, lupa duduk antara 2 sujudlah.  

Tak pasal-pasal kerap kena buat sujud sahwi.

Sebab itu sekarang ini aku rasa bimbang bila singgah solat di masjid atau surau di stesyen minyak, orang lain yang masbuk ikut belakang. 

Janganlah pula nanti, aku terlupa jalan balik ke rumah... dahlah. Tu baru ya...

7 ulasan:

Kamsiah Yusoff berkata...

jangan lupa ibu suri sudahlah ya

Kakzakie Purvit berkata...

Alaa... IM kakak pun sama pernah masa solat Zuhor konon tak nak buat qobliah sebab sibuk meeting dah menanti. Tetiba masuk rokaat ke dua bagi salam - lupa sebab selalu kan qobliah dulu baru solat zuhor. Dah tua macam inilah... Dahsyat kan..

saniah ibrahim berkata...

Sama aje lah kita IM dah berusia ni kadang banyak yg lupanya...kadang timbul was2 juga.

Angah berkata...

makan kismis...aci dak..

Nor Azimah berkata...

Sbl solat, selawat dulu byk2.

Ibu n Abah berkata...

Maaf cakap IM
Kita telah mengidap penyakit Usia 50an
Itulah yg akak dan suami alami
Tak boleh elak dah

makchaq berkata...

Semua orang sama IM bila umuq dah lebih setengah abad...
Banyak yang lupa..