Rabu, 17 Februari 2016

Sambal


Selepas mendapatkan stok baru ubat untuk ibu_suri di Hospital BM, aku singgah sekejap di WU. Hantar wang kepada kawan ku - Heri Sukani yang tinggal di Sumatera Barat. Minta dia belikan beberapa keping cd dan kaset Ebiet G Ade.

Terasa lapar, aku terus ke Jalan Permatang Rawa, beli nasi. Seperti biasa, beli bungkus dan makan di tepi Masjid Kubang Semang. Oleh kerana ibu_suri susah nak berjalan keluar, kami makan dalam kereta sahaja.

"Abang beli nasi lauk apa?"

" Kari ikan."

"Ada boh sambai tak?"

Aku melepas nafas dalam yang kecil.

"Aritu, abang beli nasi bubuh sambal, komplen... Mana ada orang makan nasi kuah kari dengan sambal. Sekarang, tanya pulak pasal apa tak bubuh sambal?"

Diam.

"Nak sambal gak ke?"

"Ye laa..."

Dengan berat aku keluar dari kereta menuju kedai makan. Takkan nak minta sambal aje kat kedai ni?

Mau tak mau, aku beli jugalah sebungkus lagi nasi. Sambal bungkus asing.

Masuk dalam kereta, aku keluarkan pinggan dan sudu ,(semua itu memanag sentiasa ada dalam kereta )  bukakan bungkusan nasi dan letakkan sambal. Aku ikut makan sama. Perut aku memang berkeriut sejak kat BM lagi.

Sayup-sayup terdengar suara imam mengetuai jamaah bersolat Zohor. Kata ustaz, kalau perut terasa lapar dan makanan memang dah tersedia, harus makan dulu.

6 ulasan:

Saniah berkata...

betul tu,, anie pun pernah dengan ustaz cakap,, jika kita teringin nak makan tapi waktu tu kita hendak juga mendirikan solat,, ustaz cakap haruslah makan dulu takut sembahyang tak kusyuk disebabkan keinginan hendak makan,,solatpun dapat buat dengan tenang,,kalau salah tegur ye ^_^,,

Kakcik Seroja berkata...

Semoga ibu_suri berpuas hati...

Nor Azimah Ali berkata...

Yg pi tanya lagi tu knp, dia diam tu, tapi dh tya tentulah dia jwb nak, he pi

Wa berkata...

Moga IM diberikan kesabaran yang tinggi sampai bila2 dalam menjaga ibu_Suri. Amin

Ibu n Abah berkata...

Alhamdulillah
Untung ibu suri.. Punya suami yg penyayang seperti IM. Walau kecil hanya sbal belacan.. Tp kesanggupan IM pi belikan juga amat dihargai.
ALLAH tu memang adil.
Sama macam akak. Akak sakit tp suami amat bertimbangrasa dan penyayang. Kurang sikit rasa beban sakit tu.

SukaniMusik berkata...

alhamdulillah pak cik, segera cd dan kaset setelah complete segera dikirim ke tempat pak cik..

tetap bershabar ya pak cik dengan semua yang ada, lagu 'bila kita ikhlas' best, sangat bagus untuk didengar. apalagi ketika saya sedang kena masalah yang sedikit memusingkan..