Sabtu, 12 Mac 2016

Doaku

Hari ini, Akhmal mula mencuba bekerja di tempat baru. Anak saudaraku - Eli yang merekomenkan kepada majikannya. 

Aku tak pasti kerja yang bagaimana dan sejauhmana dia boleh bertahan. Namun dia kena bekerja dan aku kena percaya pada kemahuannya untuk mahu berubah (tapi perlukan sokongan).

Beritahu ibu_suri, kerjanya adalah 12 jam. Aku mencongak; jika 12 jam bekerja, 4 jam rehat dan 8 jam tidur, dia takkan ada masa untuk melakukan benda-benda lain yang tak berfaedah.

Aku percaya, satu hari nanti dia akan berubah. Maka aku berharap, hari itu permulaannya adalah hari ini (walaupun keyakinan itu cuma 50% sahajalah beb...).

Semasa dan selepas solat Zohor di masjid tadi, aku tak henti-henti berdoa muga Allah menurunkan hidayahNya ke atas Akhmal. Memberi dia peluang untuk memperbetulkan dirinya dan polos.

Bukan mustahil, anak yang 'nakal' sepertinya bertukar menjadi baik. Dan dialah kelak yang akan menjaga aku bila aku dah uzur berbanding anak yang lain.

Aku pernah menyaksikan itu...

7 ulasan:

Unknown berkata...

Semoga Akmal cepat berubah =)

Kakcik Seroja berkata...

InsyaAllah. Terus sahaja berdoa...

Omong Mak Long..... berkata...

Insya Allah jangan putus berdoa untuknya. Allah akan makbulkan doa ibu dan bapa untuk anaknya.

Nor Azimah Ali berkata...

Allah memberi mengikut apa yg kita sangkakan...so, positif je

Nor Azimah Ali berkata...

Allah memberi mengikut apa yg kita sangkakan...so, positif je

Kamsiah yusoff berkata...

insya ALLAH..tiada yg mustahil utk terjadi..

makchaq berkata...

Semoga Akhmal berubah..rasanya dia pun nak berubah..