Khamis, 11 Ogos 2016

Basah Lagi

Aku dah naik mangli bila melihat ibu_suri terkocoh-kocoh keluar dari bilik ke bilik air persis anak kecil baru belajar berjalan.

"Abang... abang... bilik basah. Sori bang..."

Aku yang baru sahaja duduk menghadap laptop selepas selesai mengemas dapur, bangun pula menyelak langsir pintu bilik.

Hmmm.... tak terkata apa...

Segera aku ambil tuala lapik kaki yang basah dengan hati-hati sambil mengelap baki air yang bertakung hingga ke bawah katil. Cadar dan Tilam juga basah. 

Garu kepala sekejap... kerja besar ni...

Selesai urus bilik dan memasukkan kesemua kain tercemar ke dalam mesin basuh, aku ke bilik air. Tentu saja paling baik, suruh ibu_suri mandi dan tukar semua pakaian.

Bila aku menyinsing kain yang aku pakai persis mamak nak tebar roti canai, ibu_suri ketawa terkekeh kekeh... Itu pertanda emosi ibu_suri okey... Cuma emosi aku aje yang tak okey.

"Bukan senang nak mandikan baby besaq..." ujarku separuh perli sambil menyiram air cebok demi cebok ke badan ibu_suri.

"Sori la... I tak sengaja..."

Tidak ada perkataan yang dapat aku keluarkan. Rasanya diam itu lebih baik!



8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Allahrobbi... memang kena banyak sabar dan berdiam lebih baik IM.
Kakak cadangkan IM beli alas cadar yg kalis air. Cuba selak-selak blog Kakcik Seroja ada linknya.

Masih boleh senyum ok lagi IM:)

kakrose berkata...

Agaknya ibusuri tak suka pakai pampers ye..

Nor Azimah Ali berkata...

Ya IM, knp tak guna pampers, kan lbh mudah.

Nor Azimah Ali berkata...

Ya IM, knp tak guna pampers, kan lbh mudah.

Tanpa Nama berkata...

salam, lama tak singgah.

bila saya dengar orang lama bahasakan diri `I, you' ni nampak agak sweet dan romantis berbanding orang muda.

Kamsiah yusoff berkata...

Allahurabbi..bkn sedikit tenaga serta kekuatan mental menghadapi situasi sebegitu..

Omong Mak Long..... berkata...

Ada ubat untuk active blader, mak Long ada masaalah tu dan ambil tiap hari atau bila perlu.

insan marhaen berkata...

Terima kasih atas komentar dan cadangan.

Memang ada terfikir suapaya ibu_suri memakai lampin lupus terutama bila nak berjalan.

Tapi ada ke jual lampin saiz pinggang 134cm atau senang gambaran untuk berat badan 140kg?

Malah rasanya kita pun faham, orang obes macam ni... mana selesa nak pakai lampin...