Selasa, 12 Jun 2018

Tidak Lama Lagi Raya...

Salam,

Lama tak menulis. Dulu, akulah yang beriya-iya menggalakkan blogger lain jangan 'gantung pena' sebaliknya terus menulis selagi berupaya. Sebaliknya sekarang ini aku pula seakan mengikuti jejak mereka.

Entahlah, sejak 'kehilangan' laptop untuk entah ke berapa kali, keghairahan aku untuk menulis jadi kian tumpul. Kecewa benar aku. Tambahan pula ianya adalah kerja onar dari anak sendiri. 

Apapun, terpaksa telan sahaja hakikat kehiduapn yang ditakdirkan!

Ramadhan tahun ini aku lalui dengan amat hambar. Memang terasa hambar. Keletihan menjaga ibu_suri, berdepan dengan kerenah anak yang tidak dapat aku menumpang harapan buat aku seperti tidak bersemangat. Hari-hari hadapan yang aku lalui seperti kosong. Tidak ada kepada siapa yang aku dapat berkongsi lelahnya perasaan ini.

Tidak lama lagi Raya. Acapkali ibu_suri bertanya, mana baju raya dia? Aku jawap... baju yang berlambak di dalam almari itu pun tak dipakai. Dah jadi macam Imelda Marcos, jawapku yang walaupun ada sedikit bimbang terhadap respon balas yang kalau nasib tidak baik adalah negatif. Namun ibu_suri cuma diam. Mungkin dia tidak tahu siapa itu Imelda Marcos.

Betul. Bukan tidak mahu membeli baju barunya. Tapi setiap kali beli/tempah terlalu sedikit yang dia akan suka pakai. Akhirnya tersepuk di dalam almari. Balik balik, dia akan minta baju lama yang dia selalu pakai. Dahlah setelah siap ditempah, terpaksa pula di alter beberapa kali samai naik segan aku kepada si penjahit baju tersebut.

Aku juga ada sedikit kesal sebab tak dapat selalu ziarah mak dalam waktu yang lama. Cuma balik hari. Itupun kalau nak dikira betul betul; tolak masa bertolak, masa drive, cuma beberapa jam sahaja sebenarnya bersama mak. 'Cemburu' bila dapat tahu adik-adik lain selalu balik; ada yang bawa mak ke klinik untuk rawatan rutin atau bawa mak jalan-jalan.

Sekarang ini aku lebih banyak tidur sahaja kalau berada di rumah selain bekerja. Rumah tak dikemaskini sudah lama. Bayangkanlah, seluruh rumah itu aku yang terpaksa uruskan. Makan ibu dan anak aku yang terpaksa fikir nak beli apa dan membelinya di kedai. Bila mereka komplen tak sedap, rasa penat aku jadi lebih penat.

Baju mereka akulah yang kena basuh, angkit, dan simpan di dalam almari. Tandas, singki, laman rumah... semuanya tulang 4 kerat inilah yang terpaksa digerakkan dengan tenaga yang semakin tidak kuat. Sakit kaki bila berdiri lama, kekadang kebas, tercungap-cungap bila kerap tunduk dan bankit.

Berhabok dan bersepah. Sebab itulah aku segan bila ada orang nak datang ke rumah. Selalu aku bagi daleh.

Di umur yang semakin meningkat senja ini, aku terasa kerugian dalam segala-galanya!

Apapun, SELAMAT HARI RAYA buat sahabat yang masih sudi membaca blog aku ini. Aku harap, aku akan berselera untuk terus menulis lagi esok. Kalau tidak pun dibaca oleh orang lain, cukuplah sebagai catatn hidup aku sendiri untuk kepuasan sendiri!

Entah ada entah tidak lagi yang masih ingat kepada yang bernama insan marhaen ini...

7 ulasan:

Umialya berkata...

Selamat Hari Raya IM..

Warisan Petani berkata...

Semoga dipermudahkan.
Selamat hari raya IM.

Kakcik Seroja berkata...

Salam Aidil Fitri IM...

setiap insan ada dugaannya...dan ya, kadangkala rasa hilang arah saat menghadapinya...

Nor Azimah Ali berkata...

Saya pun ikut lelah bila mbaca catatan IM ni, saya sarankan agar IM lebihkan berbakti pd mak juga, itulah keberkatan sebenarnya, mana tau dengan redha seorang ibu hidup IM akan lebih dipwrmudahkan, telepon mak selalu, sebab apa yg saya 'nampak' IM ni lebih berbakti kpd ibu suri je, maafkan saya kalo tersilap tafsir. ..ye mak faham keadaan ibu suri tu, dan dia pun tak nak cakap banyak tapi mungkin terselit jauh di sudut hatinya rasa sedikit terkilan, siapa tau kan...

insan marhaen berkata...

Betul tu, nor azimah. Terima kasih atas catatan...

Normala Saad berkata...

Selamat hari raya Insan Marhaen. Maaf zahir dan batin.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ada sinar di penghujungnya. Jangan sesekali menyesal dan menyalahkan diri diatas takdir Allah. Satu hari kebahagian sebenar pasti menjelma. Bertabah lah.

pB berkata...

Selamat Hari Raya