Isnin, 9 Disember 2019

Jagalah Kesihatan


Semalam ibu_suri terjatuh semasa bangun melangkah dari kerusi roda ke katil dalam bilik. Lantai yang basah kerana baki air mandi ibu_suri yang masih ada di kerusi menitik ke lantai menyebabkan ibu_suri tergelincir lalu tersepuk ke lantai. 

Malam sebelum Raya Haji dah pernah jatuh di bilik air. Aku terpaksa panggil Angah untuk sama-sama mengangkat ibu_suri. Apa yang kami buat ialah dengan membentang cadar katil ( yang kuat kainnya ), suruh ibu_suri bergolek lalu baring di atasnya lantas kami seret dari bilik mandi hingga ke dalam bilik.

Sebelum itu juga ibu_suri pernah jatuh di bilik air semasa melangkah masuk hendak mandi. Masa itu Akhmal dan kawan-kawannya ada. Merekalah yang berusaha mengangkat ibu_suri. Harapkan tenaga aku yang renta ini, tak dapat berbuat apa-apa.

Kali pertama ibu_suri pernah jatuh ialah semasa turun ke tanah dari kaki lima restoran nasi kandar. Silap jangkaan meletak kaki ke tanah dari kaki lima. Aku meminta bantuan dari beberapa orang yang sedang makan di situ. Melayu dan Cina sama-sama membantu mengangkat ibu_suri naik ke kerusi kereta.

Urutan dari semua itulah sekarang ini aku tak benarkan lagi ibu_suri ke bilik air maupun tandas. Hendak berak atau kencing, aku suruh sahaja lepaskan ke dalam lampin lupus.  Jadinya, bertambah pula kos membeli lampin dalam penjagaan kebajikan ibu_suri. Sehari 2~3 helai lampin diperlukan. Bayangkan kalau seminggu... kalau sebulan.

Bila mandi, aku sorong dengan kerusi roda dan mandi di dapur sahaja. Mesin basuh ni usah kiralah, sehari tu memang 2~3 kali membasuh. Kali pertama, basuh kain atau tuala yang kena najis atau kencing tanpa sabun. Kemudian baru basuh menggunakan sabun. Tuala dan kain basuh secara berasingan.

Makanya, bilamana ibu_suri banyak menghabiskan masanya di katil, berat badan ibu_suri aku dapat rasanya telah bertambah. Dia sedikit susah untuk mengesot jauh sekali untuk bangun. Lututnya mula terasa sakit. Banyak masa di katil menyebabkan dia merasa boring, otak tepu dan rimas. Sebab itu, setiap malam lepas balik kerja aku mesti membawanya berjalan-jalan dengan kereta hingga tengahmalam. Kalau tidak untuk makan-makan atau tiada tujuan pun, dia akan suruh bawa aku pusing-pusing sahaja.

Baju juga kekadang aku yang pilihkan bila dia tidak tahu nak buat pilihan. Makan pun adakalanya aku yang terpaksa bagi idea apa yang dibeli dan kemudian suapkan bilamana perasaan murungnya itu tiba. 

Sejak Akhmal tidak lagi ada di rumah, ibu_suri makin murung. Asyik memikir dan bertanyakan bila Akhmal akan dibebaskan. Dah 3~4 hari dia tidak lalu makan. Banyak kali makanan yang aku belikan untuk dia, dia cuma makan sedikit. Akhirnya makanan dia banyak yang terbazir.

Memang kena banyak bersabar, memahami dan berlapang dada dalam menjaga dia. Dah lah susah bergerak ditambah dengan kesan minor strok di saraf-saraf otaknya menyebabkan dia tidak boleh berfikir cepat atau bagaimana hendak melalukan sesuatu. Hatta memakai baju pun aku yang kena betulkan arah baju dipakai. Mana yang patutnya di depan dan di belakang. Selalunya aku yang sarungkna ke kepala dan masukkan ke tangan.

Muga apa yang berlaku kepada ibu_suri dan apa yang telah aku lakukan dalam menjaga kebaikan dia menjadi tauladan, panduan dan contoh buat kalian semua.

Jagalah kesihatan terutama yang menghidapi darah tinggi. Jangan menjadi seperti ibu_suri yang culas ke klinik dan makan ubat seperti arahan doktor, tiba-tiba sahaja di satu pagi ibu_suri menjadi seperti anak-anak tadika yang sukar bertutur, memahami dan berfikir.

Peringatan untuk aku juga...

7 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

Bab terjatuh ni sama mcm saya...dan mmg takleh bgn sendiri...kalau berjalan tanpa pegang apa2,mmg ada risiko jatuh...pernah dulu panggil ambulan dtg,depa yg t
g angkat...

Warisan Petani berkata...

Semoga im tabah menjaga ibu_suri.
Mudah2an kesihatannya beransur2 baik.


Suria Amanda berkata...

SA pun ada darah tinggi..tapi minor je..memang makan ubat atas nasihat doctor, risau jugak kalau jatuh atau sebaliknya..pernah kena attack bulan 10 tahun lepas, dah setahun makan ubat tapi monitor darah tinggi memang dah normal sampai sekarang..sekali tu je la tinggi..sekarang dah ok tp doc tak nak putuskan ubat...

Normala Saad berkata...

Semoga cepat sembuh ibu suri

Umi Nazrah berkata...

semoga dipermudahkan urusan ibu. aamiin

aizamia3 berkata...

Moga ibu Suri terus kuat begitu juga dengan uncle.

mamapp berkata...

Allahu.. byk Kali jatuh bahaya semoga Allah menjaga ibu Suri