Rabu, 1 Januari 2020

Bila Sudah Tua

Akhmal dah keluar dari penjara Jawi. Dia cuma ditahan selama 4 bulan sahaja.

Aku pun heran bagaimana dia dihukum sesingkat itu. Biasanya, kalau +ve urine pun akan kena selama 6 bulan apatah lagi memiliki.

Aku perasan semasa pihak pendakwa ( polis ) membuat dakwaan semasa kali kedua perbicaraan, berat Methamphetamine yang dinyatakan telah diubah dari 0.25mg kepada 0.05mg. Aku pun tak faham. Takkan polis boleh buat kesilapan ke atas kertas laporan siasatannya yang pertama.

Akhmal pernah nyatakan kepada aku bahawa dadah itu bukan miliknya, Jadi?

Aku tak mahu berprsangka dan memeningkan kepala sendiri. Apa yang aku boleh buat pun jika benar ianya adalah penganiyaan. Kut mana pun Akhmal memang terlibat sebab aku ada terjumpa alatan penyalahgunaan dadah di biliknya sebelum itu.

Bila dia kembali semula ke rumah, tentunya yang hepi adalah ibu_suri. Aku adalah 50-50. Kedamaian aku selama dia tiada mula berkocak. Tanggungan aku terasa berat semula. Kalau selama dia tiada, poket aku terasa selalu ada wang. Sekarang, mula kesempitan. 

Bila mendengar ceramah dari youtube mahupun radio, mungkin ada benarnya kata para ustaz itu. Aganya kerana aku kurang bersedekah, kurang beri perhatian kepada ibubapa aku dahulu, kurang amal ibadah dan lemah dalam tadbir urus keluarga.

aku semasa aktif dengan NGO dalam biro remaja sekitar 90an


2020 adalah tahun aku akan menjangkau usia 60. Warga emas dah aku ni. Tak sangka. Dulu aku melihat emak, abah dan pakcik-makcik aku sahaja begitu. Sekarang aku mula melalui fasa itu. Sakit sakit badan, gigi dah mula gugur satu demi satu, mata semakin kabur dan cepat penat bila berjalan walaupun jarak yang dekat.

Badan pun dah tak kuat. Kekadang ibu_suri mentertawakan aku bila dia melihat gaya jalan aku yang kekadang terkengkang-kengkang. Aku diam sahaja kerana memang itu kebenaran. Nak melangkah longkang pun kena hati-hati memijak. Nak berjalan kaki menyeberang jalan pun kena pastikan kereta di kiri kanan betul-betul tiada.

Tak lama lagi dah aku ni! Aduh...

9 ulasan:

mokjadeandell berkata...

Selamat tahun baru im. Semoga tabah selalu.

Kamsiah yusoff berkata...

Semoga tahun 2020 ni memjanjikan lbh kebahagiaan utk kita semua

Umi Nazrah berkata...

selamat tahun baru 2020. semoga rahmat Allah Taala kepada kita sentiasa diberkati. aamiin

aizamia3 berkata...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2020 buat uncle dan auntie. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

Umialya berkata...

Selamat tahun baru IM .

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes dadah, selalunya begini, yang dikira hanya dadah asli (pure) untuk hukuman. Kebanyakkan dadah di pasaran telah dicampur dengan pelbagai bahan sampah sarap, contohnya ada yang diletak racun tikus (dalam kes heroin, banyak begini), placebo chemical stuff, jadi pihak makmal akan lakukan ujian dan tentukan berapa amount dadah asli yg terdapat dlm barang rampasan. Hasil ujian yang akan tentu kan hukuman. Saya kenal orang yg terlepas dari tali gantung, kerana kurang amount by 5gram dari amount ke tali gantung.

Wak Lat berkata...

rasanye 4 bulan penjara lama gak.. sibbaik x kene hukum gantung tuu. huhuhu

Suria Amanda berkata...

4bulan tu pun dah cukup lama rasanya...adik sepupu SA pun pernah ditangkap atas kesalahan yang sama..so SA faham perasaan tu macam mana..

mamapp berkata...

Jauhi dadah punca segala kesilapan Besar Dlm hidup.. mama pun terasa fua juga ni