Ahad, 7 Julai 2013

Siakap Stim

Hari ini aku lebih banyak di rumah. Lebih banyak di dalam bilik. Lebih banyak di depan pc. Lebih banyak menulis dan brfikir. Lebih banyak bimbang.

2 hari lagi akan menjenguk Ramadhan. Bukan main beriya ibu_suri mengajak aku dan Angah sekeluarga untuk makan-makan. Tapi sebenarnya duit pun bukan ada sangat. Bulan ini banyak keluar kerana membayar bil dan langsaikan ar Rahnu. Untuk belanja iftar dan sahur dijangka perbelanjaan meningkat. Heran juga ya!

"Makan kat De Pauh Garden tu modal kena besaq, ayah.." ujar Angah bila dengar ibu_suri usulkan cadangan untuk makan bersama di situ. Dia tahu status terkini kocek aku.

Aku diam saja. Tapi hajat ibu_suri memang kena tunaikan. Itu adalah satu cara menjaga emosinya supaya selalu stabil. Pengalaman aku ketika peringkat awal sakitnya yang digelar bipolar disoder sudah cukup memberi amaran supaya ianya jangan dibiar berulang.

"Kita makan kat BM Tomyam di Perda jer, ayah!"

"Ada ikan siakap?"

"Ada.."

Itu sudah kira okay. Siakap masak stim limau. Aku pun gemar sebenarnya.

Tampak keriangan di wajah ibu_suri bila hajaat tertunai. Sekali dua dia bertanyakan aku ketika memandu pulang...

"Kenapa I ni hepi sangat? Nak mati ke?"

Huishhh.....

Sesampai di rumah, belum sempat buka pintu gelansar, ibu suri dah terkucil. Dan sepanjang jalan ke dapur dan ke bilik air....

Dengan sabar aku mengemop semua itu. Yang bukan baru se kali. Yang bukan baru kali ini....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah! Allah! Membaca kisah Pak IM dan kepayahan serta pengorbanan terhadap keluarga saya terbayangkan tiket ke syurga untuk Pak IM. Begitulah doa saya untuk Pak IM.

faizah berkata...

Err... guna pantiliner?

ANIM berkata...

mudah2an KESABARAN yang dilalui seharian...ALLAH saja yang membalasnya..
saya faham keadaan itu kerana itulah yg dilalui Bonda saya sewaktu menjaga arwah datuk dulu.

p/s ikan masak stim..favourite juga tu.

Kamsiah yusoff berkata...

selamat menyambut ramadhan IM...

insan marhaen berkata...

tanpa nama,
hurmm... muga bila IM pula mengalami kesusahan/sakit, akan ada insan lain menjaga IM dengan baik.

faizah,
memang ada cadangan dari kawan-kawan gitu tapi buat masa ini belum perlu. lagipun, kelakuan ibu_suri seperti itu tak menentu.

anim,
ya.. semua ini menuntut kebaran yang tinggi dan bukan kepalang.

kamsiah,
muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua. jagalah suami dan anak-anak sebaiknya, ya!