Halaman

Isnin, 11 November 2013

Antara 2 Cinta

Aku berpuasa sunat hari ini. Percaya bahawa berpuasa juga salah satu cara terbaik menjaga kesihatan. Lagipun, di usia perak sebegini, ibadah sunnah seperti ini udah sepatutnya menjadi rutin sejak lama.

Khabarnya, Rabu dan Khamis ini (9 dan 10 Muharam) elok juga berpuasa sunat. Aku harap aku mampu melaksanakannya.

Janganlah ketawa kat aku ya... Aku tahulah, puasa sunat pada kalian adalah kebiasaan. Tapi pada aku tadi, ditempat kerja, terasa cukup perit nak mempertahankannya hingga waktu berbuka. Kebiasaan minum sementara menunggu chime masuk kerja berbunyi dan kebiasaan turun minum di kafetaria sebelum tunai solat Asar bagai menyentap-nyentap nafsu.

Aku teringat esok ada usrah di Suaru Taman Pelangi. Aku harap ibu_suri tak menghalang untuk aku pergi. Minggu lepas kan... aku ditugaskan oleh naqib untuk bagi tazkirah. Nak tahu apa tajuk tazkirah yang aku sediakan hari tu? Antara 2 cinta... 


Ya... Aku bernasyid di depan mereka. Dalam surau tu. Nasib baik lah tak datang taufan Haiyan...!

3 ulasan:

Jay Ar berkata...

Saya juga berpuasa sunat hari ini, di mulai sejak lepas Syawal hingga sekarang. Tapi ada juga 2-3 kali ponteng kerana ada hal2 tak dpt dielakkan seperti kenduri...

LadyBird berkata...

salam uncle.. bgsnye uncle berpuasa.. byk ganjarannye.. lady ni dh lm x puasa sunat.. huhuhuhu.. malas.. dh jadi kwn setan agaknye :(

insan marhaen berkata...

JR,
InsyaAllah, hari ini dan esok kita sambung puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan ini...

LadyBird,
Eloklah mulai bepuasa sunat. Lama sangat kawan dengan 'dia' tu Allah tak gemar...